Jabatan Kemajuan Masyarakat dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau KEMAS pastinya menawarkan pelbagai jenis jawatan kepada calon diluar sana untuk memohonnya.
Sudah pastinya temuduga yang akan dijalankan adalah secara online sama seperti yang diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Jika anda rasa nak lulus temuduga online yang diadakan oleh KEMAS, sila dapatkan tips temuduga online yang dikongsikan ini untuk kebaikan kita semua.
Baca juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga
INFO RINGKAS KEMAS
Isi Kandungan
Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan jabatan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961 dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”.
KEMAS juga adalah pengelola utama kepada tabika di Malaysia.
SENARAI JAWATAN DI KEMAS
Antara senarai jawatan yang terdapat di KEMAS ialah:
- Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 dengan pelbagai jurusan
- Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
- Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29
- Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
TIPS TEMUDUGA ONLINE KEMAS
Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya tersenarai sebagai calon temuduga KEMAS secara online:
Peralatan
- Pilih peralatan yang selesa dan sesuai anda gunakan semasa sesi temu duga dijalankan
- Komputer perlu dilengkapi Webcam
- Laptop (Kebiasaanya kamera telah tersedia)
- Telefon Pintar
- Tablet
Aplikasi Digunakan Semasa Temuduga
- Google Meet (Perlu Daftar Google Account jika belum memiliki E-mel GMAIL)
- Webex
- Zoom
Talian Internet
- Cuba berlatih dengan keluarga atau rakan-rakan bagi mengenalpasti kualiti audio dan visual.
Nama Alamat E-mel
- Pastikan nama alamat e-mel yang akan digunakan semasa sesi temu duga adalah nama dalam surat tawaran (memudahkan urusetia untuk mengenalpasti anda adalah calon sebenar)
- Boleh buat pindaan pada bahagian ‘Setting Personal Info’ (Akaun Google)
Lokasi
- Pilih lokasi yang paling sesuai untuk pelaksanaan sesi temu duga.
- Cukup pencahayaan
- Jauh dari gangguan bunyi bising
- Latar belakang yang sesuai
Jarak
- Anggaran jarak antara kamera dan anda lebih kurang setengah depa (45.72cm)
- Kamera peranti paras mata
- Panel penemu duga dapat melihat anda dari hujung kepala sehingga hujung kaki (jika diminta berdiri)
Etika Pakaian
- Bersesuaian, sopan dan tidak mencolok mata
- Gunakan tanda nama (jika ada)
Gangguan
- Elakkan gangguan pada peranti yang digunakan
- Sangat berisiko jika menggunakan telefon pintar. (Jika menggunakan telefon pintar tolak semua panggilan dan aplikasi pesanan)
- Tutup semua aplikasi pada komputer atau laptop
Masa
- Calon mesti tepati masa temuduga yang ditetapkan.
- Bagi mengelakkan sebarang masalah dan kelewatan, pastikan anda bersedia 5 minit lebih awal.
Pandang Tepat Pada Kamera
- Mata memandang tepat pada kamera bila berkomunikasi dengan panel temu duga
- Beri tumpuan sepenuhnya pada sesi temu duga
Jangan Mencelah
- Jangan mencelah semasa panel temu duga sedang berkomunikasi
- Ingat, semua karektor anda diperhatikan dan dinilai
- Jawab bila ditanya dan ingatlah anda bukan dihukum sebaliknya anda hanya disoal tentang perkara berkaitan jawatan dan perihal diri anda.
Selain daripada tips diatas, anda juga boleh dapatkan 10 tips temuduga secara online TSOI yang dikongsikan untuk anda. Klik sini dan praktikkan ia sebelum terlambat.
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.