Contoh Soalan Sebagai Rujukan Untuk Temuduga TSOI Penolong Pegawai Pertanian Gred G29? Ini 15 Contoh Soalan Untuk Anda!

Semua calon temuduga ingin buat yang terbaik semasa proses temuduga secara online yang akan dilalui nanti.

Jadi, ada antara calon ini mencari contoh-contoh soalan untuk dijadikan sebagai panduan serta untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan temuduga berkaitan jawatan yang dipohon.

Anda boleh dapatkan 15 contoh soalan temuduga seperti yang dikongsikan disini seterusnya dapatkan maklumat berdasrkan soalan yang ditanya oleh penemuduga pada calon sebelum ini.

INFO RINGKAS JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

Perlu ke tahu info mengenai jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 ini?

Ya, perlu dan ianya sangat penting kerana panel penemuduga pastinya bertanyakan soalan yang berkaitan dengan jawatan yang anda mohon untuk memastikan calon benar-benar berminat dengan jawatan yang dipohon.

Info ringkas jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29:

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Kementerian/Jabatan Pertanian
  • Gaji Minimum: RM1,494.00
  • Gaji Maksimum: RM5,674.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

DESKRIPSI TUGAS PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

Deskripsi tugas Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 juga sering disoal oleh panel penemuduga ya!

Oleh itu, sila baca dan hafal agar anda dapat menjawab soalan yang ditanya semasa temuduga nanti.

  • Membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus/latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.

TIPS MENJAWAB SOALAN SUKAR & CARA ELAKKAN SEBUT “TAK TAHU”

Untuk menjawab soalan yang sukar dan tiba-tiba ditanya oleh penemuduga, anda boleh amalkan tips berikut dan jawab soalan dengan penuh yakin dihadapan penemuduga:

1. AMBIL MASA UNTUK MENJAWAB

Anda fahamkan soalan yang ditanya dan selitkan sedikit perbualan seperti berikut:

  • “Soalan yang baik dan jawapan saya adalah….”

Sekurang-kurangnya tiada ruang yang senyap dan ia menujukkan anda seorang yang matang dalam menyelesaikan masalah.

2. KAITKAN DENGAN PENGALAMAN

Anda juga boleh menjawab soalan tricky tersebut berdasarkan pengalaman yang telah ada pada anda sebelum ini. Oleh itu, persediaan sebelum temuduga sangat penting dan bagi yang belum ada pengalaman, kaitkan sahaja dengan bidang pekerjaan yang ditawarkan dengan anda.

3. SENTIASA TENANG

Penting disini untuk anda bertenang dan tidak menjawab soalan yang luar daripada bidang. Pastikan ianya berada dalam skop yang sama dan pastikan jawapan yang diberikan relevan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga.

4. TIDAK MENIPU

Anda juga dilarang untuk menipu ketika menjawab soalan dan jawablah dengan jujur dan yakin. Keyakinan dan kejujuran yang diberikan boleh menarik perhatian panel untuk memberikan anda markah yang jauh lebih baik berbanding calon yang lain.

5. BETUL ATAU SALAH

Disini tiada jawapan betul atau salah bagi soalan yang agak tricky atau soalan berkaitan pendapat. Berikan sahaja pendapat anda dan gunakan ayat atau perkataan yang mudah panel fahami.

Baca juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga

15 CONTOH SOALAN INTERVIEW JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

Inilah 15 contoh soalan interview mengenai jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 selain daripada perkenalkan diri yang dikongsikan ialah:

  1. Bagaimana awak mahu jadikan sektor pertanian ini diminati sepertimana orang minat sukan bola sepak?
  2. Boleh anda beritahu kami tentang isu-isu semasa yang awak tahu?
  3. Hari ini banyak badan-badan yang dahulunya di bawah kerajaan tetapi akhirnya diswastakan seperti telekom dan konsesi air. Boleh atau tidak sekiranya jabatan pertanian ini diswastakan?
  4. Apa itu Bakul Makanan Prihatin?
  5. Apa itu Geran Agropreneur Muda?
  6. Apa kaitan Agro Bank dental Jabatan Pertanian?
  7. Kebanyakan sektor perladangan (plantation) yang melibatkan kelapa sawit dan getah mampu dilaksanakan dalam skala yang besar, mengapa perkara yang sama tidak berlaku terhadap bidang pertanian?
  8. Anda minat keusahawanan? Mengapa tidak memilih bidang keusahawanan pertanian?
  9. Apa yang anda tahu tentang pertanian jitu (precision agriculture)?
  10. Bagaimana anda boleh melaksanakan konsep pertanian jitu ini untuk para petani?
  11. Senaraikan bank-bank yang memperkenalkan bantuan pembiayaan kapad petani.
  12. Apa itu RISDA?
  13. Siapakah Menteri Pertanian sekarang?
  14. Pentingkah ekonomi pertanian pada negara? Terangkan.
  15. Adakah drone membantu belia jana ekonomi dari segi pertanian. Ceritakan kepada saya.

May be an image of text

Baca juga: 10 Tips Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) Virtual Interview. Amalkan & Gerenti Lulus!

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.