Mesti ramai calon yang memohon jawatan Pegawai Belia dan Sukan S41 ingin berjaya untuk mencapai impian yang dinantikan selama ini.
Untuk lulus dengan cemerlang dalam temuduga TSOI yang dijalankan nanti, sebagai calon anda perlu membuat persediaan dengan sebaiknya agar proses temuduga berjalan dengan lancar.
Jom dapatkan senarai tugas dan contoh soalan temuduga untuk jawatan Pegawai Belia dan Sukan S41 seperti yang dikongsikan ini.
INFO JAWATAN PEGAWAI BELIA & SUKAN S41
Isi Kandungan
Dapatkan info ringkas mengenai jawatan Pegawai Belia dan Sukan S41 seperti berikut:
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kementerian/Jabatan: Kementerian Belia dan Sukan
- Gaji Minimum: RM2,078.00
- Gaji Maksimum: RM9,544.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00
Baca juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga
DESKRIPSI TUGAS
Apa pula deskripsi tugas bagi jawatan Pegawai Belia dan Sukan S41 yang anda perlu tahu?
Ini deskripsi tugas yang telah dinyatakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA):
- Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan. Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.
CONTOH SOALAN TEMUDUGA JAWATAN PEGAWAI BELIA & SUKAN S41
Antara contoh soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga semasa temuduga dijalankan dan dikongsikan oleh calon sebelum ini ialah:
- Perkenalkan diri anda secara ringkas dan padat.
- Ceritakan tentang penglibatan sukan sepanjang sekolah sehingga kini.
- Pernah ikuti aktiviti sukarelawan tak? Boleh ceritakan apa aktiviti yang anda lakukan?
- Bagaimanakah caranya untuk daftarkan diri dengan pertubuhan belia?
- Apakah sumbangan anda pada negara ketika pandemik Covid-19 kini?
- Apa itu Sukarelawan MyVac?
- Siapakah Menteri dan Timbalan Menteri KBS yang terkini?
- Berapa pingat yang dimenangi Kontijen Malaysia semasa Olimpik di Tokyo?
- Apakah isu semasa yang hangat diperkatakan semasa acara Paralimpik di Tokyo 2020?
- Apakah penakrifan belia dan remaja di Malaysia?
- Apakah bentuk bantuan yang diterima oleh belia di Malaysia?
- Terangkan mengenai Akta Pembangunan Sukan 1997.
- Jika anda dilantik sebagai Pegawai Belia dan Sukan S41 apakah yang anda akan lakukan untuk pembangunan belia di negeri anda?
- Sebutkan salah satu kursus anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang and tahu.
- Jelaskan apa itu Inisiatif Prihatin Belia dan Sukan (IPBS).
- Apa itu Skim Pembiayaan Industri Sukan?
IKLAN JAWATAN PEGAWAI BELIA & SUKAN S41
Baca juga: 10 Tips Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) Virtual Interview. Amalkan & Gerenti Lulus!
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.