Berita gembira buat semua penerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC)!
Mengikut pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, anda semua akan menerima bayaran BKC bermula 6 September 2021 secara berperingkat.
Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kewangan segera membuat pembayaran Bantuan Khas COVID-19, dengan dana RM3.1 bilion telah disalur hari ini.
INFO RINGKAS BKC
Isi Kandungan
Bantuan Khas Covid-19 ini merupakan satu bentuk bantuan yang disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang merupakan:
- Kelompok miskin tegar
- B40
- M40
Rujuk: Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Sehingga RM1,300. Ini Tarikh Terima Bayaran BKC Mengikut Kategori
Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.
Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar untuk menerima bantuan seperti yang telah dijanjikan sebelum ini.
TARIKH BAYARAN BKC
Tarikh bayaran BKC terkini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu bermula pada:
- 6 September 2021 dan dibayar secara berperingkat
KELAYAKAN PENERIMA BKC
Anda boleh semak kelayakan penerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC) seperti yang dikongsikan dibawah:
FASA PEMBAYARAN BKC
Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti dibawah:
Semoga pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) ini memberi manfaat kepada semua penerima dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.