Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Contoh Surat & Nota Serah Tugas Guru. Download Disini Sahaja

9,300

Semua guru di Malaysia pastinya tahu mengenai proses pertukaran guru melalui model e-GTukar bukan?

Ini kerana proses pertukaran guru melalui modul e-GTukar bagi tahun 2021 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu sesi Jun 2021 dan Januari 2022 dengan sekali permohonan sahaja.

Bagi guru yang telah berjaya dalam permohonan pertukaran, pastinya perlu membuat proses serah menyerah tugas sebelum hadir bertugas di tempat yang baru.

INFO RINGKAS e-GTUKAR GURU

Permohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja iaitu melalui sistem EGtukar.

Tiada permohonan secara manual dan semua permohonan perlulah dibuat pada tarikh yang ditetapkan sahaja.

Pemohon perlu menggunakan sistem lampu isyarat bagi mendapatkan maklumat kekosongan jawatan dan Opsyen di negeri pilihan menerusi judul pautan di bawah sebelum membuat sebarang pengesahan permohonan.

Baca juga: [Nota] Temuduga Guru: 11 Anjakan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia & Falsafah Pendidikan Guru. Download Ya!

MAKLUMAT DALAM SURAT & NOTA SERAH TUGAS GURU

Apa yang perlu ada pada surat dan nota serah tugas Guru?

Ini maklumat yang perlu ada dalam surat dan nota serah tugas Guru yang anda perlu tahu:

  1. Nama dan alamat anda
  2. Tarikh
  3. Nama dan alamat penerima (Guru besar/Pengetua)
  4. Tajuk surat
  5. Maklumat mula bertugas iaitu tarikh mula bertugas
  6. Jawatan tugas
  7. Tarikh penyerahan
  8. Tarikh kuatkuasa
  9. Tandatangan dan nama penuh

CONTOH SURAT & NOTA SERAH TUGAS GURU

Bagaimanakah bentuk surat dan nota serah tugas guru serta contohnya?

Dapatkan sahaja disini, download dan masukkan maklumat yang diperlukan sahaja.

Contoh Surat & Nota Serah Tugas Guru. Download Disini Sahaja

Atau anda boleh klik sini untuk download seterusnya menambahkan maklumat yang perlu dimasukkan.

DOWNLOAD DISINI

PERKARA LAIN PERLU DISERAHKAN BERSAMA

Antara perkara lain yang perlu diserahkan bersama surat dan nota serah tugas anda adalah:

  • Senarai Tugas Jawatan
  • Kedudukan Terakhir Tugas – tugas yang belum selesai
  • Senarai Harta benda/Peralatan Pejabat
  • Kedudukan Kewangan / Akaun dan lain-lain
  • Fail Meja
  • Manual Prosedur Kerja
  • Hal-Hal Lain

Diharap contoh surat dan nota serah tugas Guru yang dikongsikan ini dapat membantu anda.

Baca juga: Permohonan Fasa 2 Bantuan Khas Guru Tadika PKP 3.0 RM150 Sehingga September. Mohon Secara Online

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...