Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Nota] Temuduga Guru: 11 Anjakan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia & Falsafah Pendidikan Guru. Download Ya!

5,440

Dikhabarkan temuduga guru bagi jawatan Guru DG41 One-Off akan berlangsung pada hujung bulan Ogos 2021 ini.

Sudah buat persiapan untuk temuduga belum?

Jika belum dan tidak tahu untuk mendapatkan nota berkaitan profesion perguruan yang selalu ditanya ketika temuduga guru dijalankan, sila dapatkan disini dan buat ulangkaji serta persediaan dengan lebih awal.

TARIKH TEMUDUGA GURU ONE-OFF

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa temuduga Guru One-Off akan diadakan pada:

  • Hujung bulan Ogos 2021

NOTA FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

May be an image of text that says 'FPG CIKGU AQIB FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (Bahagian Pendidikan Guru, 1982) CIKGU NAQIB 02'

May be an image of text that says 'FPG CIKGU AQIB ELEMEN-ELEMEN ELEMEN DALAM FPG 1. Perwatakan yang mulia. 2. Berkembang maju dan berpandangan saintifik. 3. Berkomited menegakkan aspirasi negara. 4. Mengekalkan warisan budaya kebangsaan. 5. Pembangunan individu dan pengekalan masyarakat yang bersatu, demokratik, progresif dan berdisiplin. CIKGU NAQIB 03'

May be an image of text that says 'FPG CIKGU AQIB 1 PERWATAKAN YANG MULIA -Sopan dan berdisiplin. -Boleh membezakan antara buruk dan baik,mempunyai nilai mulia. -Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan dan aspek rohani. CIKGU NAQIB 04'

May be an image of text that says 'FPG CIKGU NAQIB 2 BERKEMBANG MAJU DAN BERPANDANGAN SAINTIFIK -Pengetahuan mempunyai pertalian dengan pembangunan. Oleh itu, seorang guru perlulah berpengetahuar serta berkemahiran. -Mempunyai kemahiran professional dalam mengguna dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. CIKGU NAQIB 05'

May be an image of text that says 'FPG CIKGU NAQIB 3 BERKOMITED MENEGAKKAN ASPIRASI NEGARA -Cekap, jujur, boleh dipercayai, patuh kepada undang-undang negara. -Sentiasa memperbaiki diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. CIKGU NAQIB 06'

May be an image of text that says 'FPG CIKGU NAQIB 4 MENGEKALKAN WARISAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN -Menegakkan amalan dan mempromosi budaya Malaysia dan cara hidupnya. -Mengamalkan nilai murni, penyayang dan berempati, inovatif dan kreatif. -Patuh kepada etika profesion perguruan. CIKGU NAQIB 07'

May be an image of text that says 'FPG CIKGU AQIB 5 PEMBANGUNAN INDIVIDU DAN PENGEKALAN MASYARAKA YANG BERSATU, DEMOKRATIK, PROGRESIF DAN BERDISIPLIN -Guru sebagai agen perubahan. -Menegakkan dan mempromosi rasa hormat antara budaya dan kehidupan yang harmoni. -Cintakan ilmu pengetahuan dan pembelajaran seumur hidup. CIKGU NAQIB 08'

May be an image of text that says 'FPG CIKGU NAQIB MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru, matlamat utama pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang professional, tinggi daya tahan, beretika, berfikiran kreatif, mengamalkan nilai murni, mempunyai kemahiran yang diperlukan, dan berpengetahuan dalam teknologi. Guru-guru ini mampu hidup dan menegakkan warisan negara seperti demokrasi, integrasi dan antara budaya yang harmoni. Mereka akan menghasilkan murid yang sesuai dengan pembinaan Negara. Pendidikan guru meliputi aspek seperti membina kemahiran dalam mata pelajaran utama, pedagogi serta pengurusan pembelajaran. CIKGU NAQIB 09'

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)

May be an image of text that says 'PPPM CIKGU NAQIB PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025) merupakan pelan yang telah dibuat selepas Kementerian Pendidikan Malaysia membuat kajian semula secara menyeluruh mengenai sistem pendidikan di Malaysia pada Oktober 2011. Keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara. CIKGU NAQIB 02'

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text that says 'PPPM CIKGU NAQIB KOMPONEN UTAMA PPPM 1. 5 Aspirasi Sistem. 2. 6 Aspirasi Murid. 3. 11 Anjakan. 4. 3 Gelombang. CIKGU NAQIB 05'

May be an image of one or more people and text that says 'PPPM 3 GELOMBANG TRANSFORMASI (13 TAHUN) CIKGU NAQIB 1 GELOMBANG 1 (2012-2015) 2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas. CIKGU NAQIB 06'

May be an image of text that says 'PPPM 3 GELOMBANG TRANSFORMASI (13 TAHUN) CIKGU AQIB 2 (2016 GELOMBANG 2 2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem. CIKGU NAQIB 07'

May be an image of text that says 'PPPM 3 GELOMBANG TRANSFORMASI (13 TAHUN) CIKGU NAQIB 3 (2021- 2025) GELOMBANG 3 ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. CIKGU NAQIB 平 08'

11 ANJAKAN (PPPM 2013-2025)

May be an image of one or more people and text that says '11A CIKGU NAQIB 11 ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN Bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kita memerlukan 11 ANJAKAN UTAMA, CIKGU NAQIB 02'

May be an image of text that says '11A CIKGU NAQIB ANJAKAN 1 Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa ANJAKAN 2 Memastikan setiap murid Mmastikansetiapmridpofisiendalam profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris CIKGU NAQIB 03'

May be an image of one or more people and text that says '11A CIKGU NAQIB ANJAKAN 3 Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai ANJAKAN 4 Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan CIKGU NAQIB 04'

May be an image of text that says '11A CIKGU NAQIB ANJAKAN 5 ifii Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah ANJAKAN 6 Mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakar penyelesaian khusus berasaskan keperluan CIKGU NAQIB 05'

May be an image of one or more people and text that says '11A CIKGU NAQIB ANJAKAN 7 Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia ANJAKAN 8 Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian CIKGU NAQIB 06'

May be an image of text that says '11A CIKGU NAGIB ANJAKAN 9 Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas ANJAKAN 10 Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit CIKGU NAQIB 07'

May be an image of text that says '11A CIKGU NAQIB ANJAKAN 11 Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung CIKGU NAQIB 08'

Selain daripada nota diatas, calon guru juga boleh mendapatkan Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti yang dikongsikan ini.

[Download] Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan Untuk Rujukan Guru SPP

TIPS PERSEDIAAN LULUS TEMUDUGA SPP

Jika permohonan telah dihantar, berdoalah agar semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.

Namun, pastinya calon ingin dapatkan beberapa tips persediaan temuduga sama ada secara bersemuka atau online.

1. PENAMPILAN

Sama seperti temuduga yang lain iaitu mestilah memakai pakaian kemas dan formal. Wajib pakai tag nama, rambut pendek dan kemas bagi calon lelaki dan berbaju kurung bagi calon wanita. Bagi calon wanita bukan Islam digalakkan memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.

2. CELIK TEKNOLOGI

Zaman sekarang mestilah anda semua perlu tahu penggunaan aplikasi Google Meet, Zoom, Telegram, Youtube dan pelbagai lagi. Maklumlah, semua urusan menggunakan internet dan mungkin temuduga anda akan dijalankan menggunakan aplikasi yang disebutkan tadi.

3. KENALI KAEDAH PDPR

Anda digalakkan untuk mengambil tahu apadakah kaedah PDPR yang dijalankan di Malaysia pada masa kini. Sama ada ianya adalah secara online, offline atau offsite. Ambil tahu sama ada ianya dijalankan secara gabungan kedah atau bagaimana. Baca dan fahami dengan betul dan boleh rujuk di Facebook KPM sahaja.

4. APLIKASI TERKINI

Tambahkan ilmu anda mengenai aplikasi terkini yang ramai cikgu gunakan pada masa ini seperti aplikasi Kahoot, Quizziz, Wordwall, Liveworksheet, Educandy dan pelbagai lagi aplikasi. Anda boleh cuba gunakan dan praktis. Sekurang-kurangnya anda mempunyai point ketika menjawab soalan yang disoal.

5. SEDIA TEMPAT TEMUDUGA

Kemungkinan besar temuduga yang akan dijalankan adalah secara online kerana keadaan Covid-19 yang belum ada kesudahannya. Jadi, sediakan tempat temuduga anda dengan baik seperti pencahayaan yang baik, mikrofon dan latar belakang yang sesuai untuk temuduga anda.

Nak dapatkan 5 lagi tips untuk lulus temuduga Guru SPP?

Dapatkan sahaja dipautan ini: Minat Sangat Nak Jadi Guru? Ikut 10 Tips Persediaan Temuduga SPP ini, Gerenti Lulus!

18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...