Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Download] Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan Untuk Rujukan Guru SPP

2,382

Pemohon Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara One-Off Suruhanjanya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) pastinya tertunggu-tunggu pengumuman dari SPP mengenai tarikh temuduga.

Ini adalah kerana sebahagian besar pemohon ingin membuat persediaan dan menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri agar dipilih untuk menjadi guru seperti yang diimpikan.

Namun bilakah tarikh temuduga Guru One-Off ini akan diadakan?

TARIKH TEMUDUGA GURU ONE-OFF

Bila tarikh temuduga Guru One-Off akan diadakan?

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), pelaksanaan temuduga bagi urusan pengambilan bakal diadakan pada:

  • Hujung bulan Ogos 2021

Ini adalah kerana:

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah menerima permohonan melebihi dua (2) kali ganda jumlah cadangan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara ‘One Off’ melalui portal mySPP sehingga tarikh tutup pada 21 Julai 2021.

Jadi, calon semua mohon bersabar dan lakukan persediaan dengan lebih awal agar segala proses temuduga anda berjalan dengan lancar nanti.

Bila Temuduga Guru One-Off Akan Diadakan? Ini Maklumatnya Beserta Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan Untuk Rujukan Anda. Semoga Bermanfaat!

NOTA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Sedikit perkongsian buat calon dimana terdapat beberapa soalan yang mungkin akan ditanya kepada anda semasa temuduga nanti dan antara soalan yang popular adalah mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi calon yang belum mendapatkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, anda boleh rujuk nota yang dikongsikan disini.

Jangan lupa, share dengan kawan-kawan yang lain ya!

May be an image of text that says 'FPK CIKGU NAQIB FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi INTELEK, ROHANI, EMOSI dan JASMANI berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. CIKGU NAQIB 02'

May be an image of text that says 'FPK CIKGU NAQIB ELEMEN-ELEMEN ELEMEN DALAM FPK 1. Pendidikan satu usaha berterusan. 2. Memperkembang potensi individu. 3. Perkembangan potensi secara. menyeluruh dan bersepadu. Insan yang seimbang dan harmonis. 5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. CIKGU NAQIB 03'

May be an image of text that says 'FPK CIKGU NAQIB ELEMEN ELEMEN DALAM FPK RAKYAT MALAYSIA... 6. ...yang berilmu pengetahuan. 7. ...yang berketrampilan. 8. ...yang berakhlak mulia. 9. ...yang bertanggungjawab. 10. ...yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri. ...yang dapat memberi sumbangan. 11. CIKGU NAQIB 04'

May be an image of text that says 'FPK CIKGU NAQIB 1 UNSUR INTELEK TUMPUAN KEPADA DAYA BERFIKIR -Kemahiran asas 4M (Membaca, mengira, menulis, menaakul) -Dapat, tingkat, sebar ilmu -KBAT, ilmu untuk semua CIKGU NAQIB 05'

May be an image of text that says 'FPK CIKGL NAQIB 2 UNSUR ROHANI BERKAITAN DENGAN SIFAT KEJIWAAN DAN KEBATINAN IAITU: -Sedari dan menginsafi adanya Pencipta. -Menghargai dan mensyukuri pemberian. -Sedari tanggungjawab. -Disiplin kendiri, membentuk akhlak mulia CIKGU NAQIB 06'

May be an image of text that says 'FPK CIKGU NAQIB 3 UNSUR EMOSI PERASAAN JIWA YANG KUAT MELIPUTI CIRI-CIRI: -Tenang dan kawal tingkah laku. -Memiliki dan memupuk kasih sayang. -Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan. -Hargai dan menilai keindahar dan kesenian. CIKGU NAQIB 07'

May be an image of text that says 'FPK CIKGU NAQIB 4 UNSUR JASMANI Kesihatan tubuh, riadah, kembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif, memanfaatkan tenaga fizikal, daya pengeluaran. ੈ 08 CIKGU NAQIB'

SUMBER

Selain daripada nota yang dikongsikan ini, anda juga boleh dapatkan maklumat yang berkaitan di pautan seperti berikut:

Jadi, boleh manfaatkan maklumat yang dikongsikan ini dan diharap anda semua berjaya dalam temuduga yang akan datang.

Baca juga: Minat Sangat Nak Jadi Guru? Ikut 10 Tips Persediaan Temuduga SPP ini, Gerenti Lulus!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...