Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Minat Sangat Nak Jadi Guru? Ikut 10 Tips Persediaan Temuduga SPP ini, Gerenti Lulus!

2,995

Mungkin disini ada yang sangat berminat untuk menjadi seorang guru dan telah pun membuat permohonan Guru DG41 One-Off yang ditutup permohonannya pada 21 Julai 2021 yang lalu.

Permohonan telah dihantar melalui emel dan bagi mereka yang ingin membuat persediaan boleh menggunakan tips yang dikongsikan ini.

Apakah 10 tips persediaan lulus temuduga SPP yang dikongsikan ini? Semak disini dan jadikan ianya sebagai rujukan buat anda.

Baca juga: Mengapa Anda Dipanggil Temuduga Kerja? Try 11 Tips Asas Temuduga Kerja Untuk Graduan Ini, Gerenti Lulus!

10 TIPS PERSEDIAAN LULUS TEMUDUGA SPP

Jika permohonan telah dihantar, berdoalah agar semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.

Namun, pastinya calon ingin dapatkan beberapap tips persediaan temuduga sama ada secara bersemuka atau online.

Dapatkan 10 tips persediaan lulus temuduga SPP seperti yang dikongsikan ini.

1. PENAMPILAN

Sama seperti temuduga yang lain iaitu mestilah memakai pakaian kemas dan formal. Wajib pakai tag nama, rambut pendek dan kemas bagi calon lelaki dan berbaju kurung bagi calon wanita. Bagi calon wanita bukan Islam digalakkan memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.

2. CELIK TEKNOLOGI

Zaman sekarang mestilah anda semua perlu tahu penggunaan aplikasi Google Meet, Zoom, Telegram, Youtube dan pelbagai lagi. Maklumlah, semua urusan menggunakan internet dan mungkin temuduga anda akan dijalankan menggunakan aplikasi yang disebutkan tadi.

3. KENALI KAEDAH PDPR

Anda digalakkan untuk mengambil tahu apadakah kaedah PDPR yang dijalankan di Malaysia pada masa kini. Sama ada ianya adalah secara online, offline atau offsite. Ambil tahu sama ada ianya dijalankan secara gabungan kedah atau bagaimana. Baca dan fahami dengan betul dan boleh rujuk di Facebook KPM sahaja.

4. APLIKASI TERKINI

Tambahkan ilmu anda mengenai aplikasi terkini yang ramai cikgu gunakan pada masa ini seperti aplikasi Kahoot, Quizziz, Wordwall, Liveworksheet, Educandy dan pelbagai lagi aplikasi. Anda boleh cuba gunakan dan praktis. Sekurang-kurangnya anda mempunyai point ketika menjawab soalan yang disoal.

5. SEDIA TEMPAT TEMUDUGA

Kemungkinan besar temuduga yang akan dijalankan adalah secara online kerana keadaan Covid-19 yang belum ada kesudahannya. Jadi, sediakan tempat temuduga anda dengan baik seperti pencahayaan yang baik, mikrofon dan latar belakang yang sesuai untuk temuduga anda.

6. PRAKTIS 

Kata pepatah “Practice make perfect”. Jadi dengan masa yang ada, anda boleh membuat latihan mengajar dengan memilih satu subjek atau topik yang menarik. Rakam atau cuba mengajar dihadapan cermin. Kemudian tengok semula dan ubah atau jadikannya lebih kreatif serta menarik. Yang penting, pastikan anda nampak yakin ketika mengajar, ya!

7. LOKASI PENEMPATAN

Penemuduga pastinya akan bertanyakan soalan yang sangat penting ini iaitu ” Bersediakah anda sekiranya ditempatkan di………..?”

Sama ada ianya soalan tricky atau tidak, jawab dengan jujur.

Jawab sahaja anda setuju ditempatkan dimana-mana negeri sama ada di Selangor, Johor, Sabah atau Sarawak. Jika tidak sanggup, mengapa nak jadi cikgu, kan?

8. ISU SEMASA

Pastikan juga anda sentiasa update dengan isu semasa kerana pastinya penemuduga akan bertanyakan soalan ini. Ingat, jawab soalan dengan yakin.

9. GUNA BAHASA FORMAL

Ingat, gunakan bahasa formal atau bahasa baku ketika menjawab soalan oleh penemuduga. Jangan sesekali menggunakan bahasa pasar. Anda juga diingatkan untuk menggunakan kata sendi yang betul. Oleh itu, banyakkan membaca ya!

10. KONGSI PENGALAMAN

Bagi anda yang pernah mengajar sebagai guru sambilan, guru praktikal dan sebagainya, bolehlah berkongsikan pengalaman mengajar, BBM yang pernah dibuat, masalah di sekolah dan cara mengatasinya. Mana tahu dapat bonus point, kan.

BONUS TIPS

Selain daripada tips diatas, anda juga boleh membuat persediaan dengan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan perguruan seperti berikut:

  • Falsafah Pendidikan Negara
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
  • Fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Dasar Pendidikan
  • Etika Perguruan

Jika ada sebarang penambahan, sila ambil tahu dan baca sebagai persediaan.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda!

Baca juga: Nak Temuduga Guru DG41 Secara One-Off? Jangan Lupa Bawa buku RPH Praktikum Anda Ya!

18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...