Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mengapa Anda Dipanggil Temuduga Kerja? Try 11 Tips Asas Temuduga Kerja Untuk Graduan Ini, Gerenti Lulus!

2,977

Golongan graduan pada masa kini pastinya mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan kerana negara sedang mengalami pandemik Covid-19 dan antaranya ramai pekerja hilang pekerjaan.

Namun graduan tidak perlu gusar dengan keadaan yang berlaku sekarang kerana anda masih lagi boleh mendapatkan pekerjaan sekiranya mengamalkan tips asas temuduga seperti yang dikongsikan disini.

Bagi graduan yang berminat untuk menjadi seorang pendidik boleh memohon jawatan sebagai Guru DG41 one-off yang akan dibuka permohonannya pada 7 Julai melalui SPP.

MENGAPA ANDA DIPANGGIL TEMUDUGA?

Tahukah anda mengapa calon untuk sesuatu jawatan dipanggil temuduga? Ini adalah kerana:

  • Majikan ingin mengenali sikap anda
  • Ingin ketahui cara kerja anda berdasarkan hujah yang anda berikan
  • Majikan ingin memastikan anda adalah calon yang sesuai dengan jawatan
  • Majikan mahu calon yang boleh membuat keputusan dan berani
  • Majikan mahukan pekerja yang yakin dan setia dengan syarikatnya.

11 TIPS ASAS TEMUDUGA KERJA UNTUK GRADUAN

Terdapat 11 tips asas temuduga kerja yang boleh diamalkan oleh graduan dan gerenti anda berjaya dalam temuduga yang telah dilalui:

RESUME

  • Apabila kita dipanggil untuk sesi temuduga, panel sudah memilih dan melihat resume anda. Jadi apabila anda melangkah ke bilik temuduga samada untuk mendapatkan pekerjaan baru, atau memohon sebarang permohonan, anda tidak perlu memfokuskan untuk mengulang semula apa yang anda tulis di dalam resume anda.

KENALI SIKAP

  • Panel temuduga juga ingin mengenali sikap anda, cara pertuturan anda, melihat emosi anda serta juga panel akan mengajukan soalan-soalan simulasi sesuatu situasi untuk melihat sejauh manakah anda mampu mengolah atau memantau atau menguasai sesuatu keadaan.

PENGALAMAN GRADUAN

  • Ini kerana apabila anda bekerja atau menjalankan sesuatu projek atau tugasan, anda perlu menghalusi semua faktor berdasarkan keadaan semasa dan bukan lah teori semata-mata (bagj pelajar yang baru bergraduat dan tiada pengalaman).
  • Bagi golongan yang sudah bekerja dan dipanggil untuk sesi temuduga, apa yang perlu diceritakan bukanlah berapa lama pengalaman anda dan masalah anda dengan majikan anda.

SUMBANGAN

  • Para panel ingin mengetahui tentang accomplishments atau kejayaan anda menjalankan projek atau keberkesanan wujudkan anda di syarikat terdahulu. Lebih ceritakan pengalaman yang anda dapati dan sumbangan anda terhadap syarikat anda serta apakan yang mampu anda berikan untuk syarikat yang anda pohon.

KAJIAN SYARIKAT

  • Anda juga dinasihatkan membuat kajian syarikat yang dipohon dengan melihat visi, misi, aktiviti lepas dan semasa serta membuat persediaan dengan cadangan yang baik dari anda berdasarkan kajian yang anda telah lakukan. Ini akan menunjukkan anda begitu perihatin dan mengambil serius jawatan yang anda pohon.

KEKUATAN & SKILL

  • Ahli panel ingin mengetahui sejauh manakah anda mampu menggunakan kekuatan dan skil anda untuk jawatan yang dipohon. Perlu perlihatkan kebijaksanaan memberikan perkara yang boleh meningkatkan prestasi syarikat dengan idea serta hujah anda yang berkesan.

JANGAN CERITA KEBURUKAN

  • Jangan sesekali menceritakan keburukan tempat kerja lama kerana ahli panel akan berpendapat bahawa jika anda mampu menceritakan tentang keburukan majikan sedia ada atau majikan lama, maka anda juga bakal berbuat demikian kepada mereka kelak dan ini menjelaskan bahawa anda bersikap negatif.

LIHAT KESABARAN

  • Ada sesetengah syarikat akan memanggil anda untuk sesi temuduga pada pukul 9 pagi tetapi mereka sengaja lewatkan sehingga 1hingga 3 jam. Taktik ini ada digunakan demi melihat sejauh manakah anda bersabar kerana didalam dunia pekerjaan sebenar masa dan keadaan tidak dapat dipastikan dan kadangkala anda akan memaksa menunggu.

LENGKAPKAN BORANG

  • Selain itu ada syarikat yang memberikan borang yang tebal untuk anda isi dan jangan sesekali menulis ruang jawapan anda dengan perkataan “Seperti dalam resume”. Syarikat berbuat demikian kerana ingin melihat kesabaran anda, corak tulisan anda serta gaya bahasa anda.

HUJAH YANG BAIK

  • Terdapat ramai yang gagal mendapat pekerjaan BUKAN kerana mereka gagal dari segi penyediaan resume dan pengalaman yang sedikit, tetapi gagal ketika ujian temuduga kerana sikap tidak bertolak ansur, tidak dapat memberikan hujah yang baik bila ditanya perihal keadaan semasa serta hanya memfokuskan bidang anda semata-mata.

SOALAN TRICK PANEL

  • Contohnya anda dipanggil interview untuk jawatan Pengurus dan bila sahaja anda melangkah masuk ke bilik temuduga, ada dua soalan dari panel.

1. Apakah pandangan anda tentang keadaan politik negara?

Ingat! Jangan sesekali bersikap berat sebelah dan bersikap neutral. Jangan membawa masuk ideologi politik ke dalam bilik temuduga. Jangan sesekali mengutuk mana-mana pemimpin, samada kerajaan atau pembangkang. Bersikap rasional dan neutral.
  • Soalan kedua mungkin bertanya anda tentang

2. Apakah pandangan anda tentang kes Covid 19 terkini?

Ingat! Mungkin jawatan yang dipohon adalah Pengurus Pemasaran atau Pengurus IT tetapi soalan sengaja ditanya untuk melihat sejauh manakah anda mengambil tahu soal semasa. Ini kerana majikan masa kini sangat mementingkan pekerjanya yang alert dengan isu semasa.
Mengapa Anda Dipanggil Temuduga Kerja? Take Note Dengan 11 Tips Asas Temuduga Kerja Untuk Graduan, Gerenti Lulus!
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...