Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Nak Temuduga Guru DG41 Secara One-Off? Jangan Lupa Bawa buku RPH Praktikum Anda Ya!

6,069

Walaupun permohonan untuk jawatan kosong Guru DG41 one-off akan dibuka pada bulan Julai nanti, namun anda boleh membuat persediaan temuduga mulai sekarang agar semuanya dalam keadaan yang baik.

Terdapat 3 persediaan yang perlu diambil berat oleh anda untuk menghadapi temuduga yang akan dilalui nanti.

Apakah persediaan temuduga Guru DG41 yang akan dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) nanti?

JAWATAN KOSONG GURU DG41 ONE-OFF

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyatakan terdapat 18,702 kekosongan jawatan Guru DG41 dengan beberapa mata pelajaran kritikal di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Pengambilan untuk jawatan Guru DG41 akan dibuka permohonannya pada Julai nanti dan cara permohonnya adalah melalui SPP.

Rujuk sini: 18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini

18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini

3 PERSEDIAAN TEMUDUGA

Terdapat 3 jenis persediaan temuduga Guru DG41 one-off iaitu:

  • Penyediaan dokumen
  • Proses temuduga
  • Soalan-soalan penting

1. PENYEDIAAN DOKUMEN

Sediakan dokumen dibawah iaitu dokumen asal dan salinan. Dokumen asal masukkan ke dalam fail dan pastikan dokumen salinan disahkan untuk diberikan kepada SPP.

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Lahir
  • Sijil SPM
  • Surat Tamat Pengajian
  • Ijazah  (Bahasa Melayu)
  • Transkrip Akademik (Bahasa Melayu)
  • MQR /JPA
  • 3 Sijil Pencapaian tertinggi

Selain dari itu, pastikan:

  • Asingkan siap-siap dokumen salinan mengikut senarai semak. Letakkan  dokumen salinan, masukkan dalam sampul surat dan jangan digam. Keluarkan dari sampul pada hari temuduga sekiranya diminta oleh pegawai SPP.
  • Sediakan fail untuk temu duga. Fail ini boleh ditambah senarai kandungan daripada senarai dokumen. 1 fail utk rujukan panel sahaja/ normal pergi temu duga perlu ada fail peribadi.
  • Pastikan susunan dokumen dalam fail teratur dan mudah dibaca. Masukkan dokumen asal ke dalam fail.
  • Sila bawa fail/ buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) anda. RPH terkandung dalam senarai semak dokumen yang diperlukan. Bawa sahaja RPH anda tidak kira dalam bentuk fail atau dalam bentuk buku.

2. PROSES TEMUDUGA

  • Pastikan semak portal SPP untuk ketahui tarikh dan tempat temu duga.
  • Datang awal sebelum temu duga bermula. Staf SPP akan semak dokumen calon dan fail sebelum masuk ke bilik temuduga.
  • Temuduga ada 3 sesi di dalam bilik yang sama. Ada 2 orang panel temuduga iaitu:
    – 1 Pegawai SPP (rujuk portal untuk ketahui nama mereka dan semasa hari temu duga baru tahu pegawai yang akan temu duga calon).
    – 1 wakil guru cemerlang/ pegawai ppd (yang pasti insan yang berkaitan dengan pengkhususan anda).
  • Temu duga berkumpulan.
    Sesi 1: Kenalkan diri dan soalan umum yang berkaitan dengan pendidikan. Dikendalikan oleh Panel 1. (Contoh: Akta/ Falsafah pendidikan/ Isu pendidikan terkini)
    Sesi 2: Soalan-soalan tentang pengkhususan. (Contoh: Apakah elemen terbaru dalam kurikulum Prasekolah dan lain-lain). Dikendalikan oleh Panel 2.
    Sesi 3: Soal jawab. Sekiranya calon temu duga mempunyai sebarang soalan, boleh ajukan. Jika tiada pun tak apa. Tiada pengurangan markah

SOALAN-SOALAN PENTING

Soalan-soalan penting yang selalu menjadi persoalan calon temuduga ialah:

1. Perlu sediakan 2 fail tak sebab ada dua panel?

  • Tak perlu. Fail itu satu sahaja (susunan dokumen original). Tiada fail salinan. Dokumen sahaja yang perlu ada salinan mengikut senarai semak utk diserahkan kepada pihak SPP.

2. Perlu tak bawa jurnal praktikum?/ Segala fail tentang praktikum

  • Tak perlu. Tak ada dalam senarai dan tak diminta pun. Yang dinyatakan cuma RPH sahaja.

3. Perlu tak bawa dokumen tentang e-vetting?

  • Tak perlu.

4. Alamak, sijil lisan BM dan BI saya hilang, perlu tak bawa?

  • Tak perlu. Sebab kelulusan/kepujian dalam BM yang mahu dilihat adalah melalui sijil SPM. Nanti staf SPP akan bulatkan gred BM dalam sijil SPM. Sila baca senarai semak dokumen SPP dengan betul.

5. Perlu tak bawa kajian saya?

  • Tak perlu

6. Surat pengiktirafan JPA dan MQA tak ada dua-dua, bagaimana?

  • Semak dalam laman web MQR /JPA dahulu. Jika tiada, hubungi pensyarah. Jika baru, kadang-kadang surat belum keluar.

7. Kenapa ada yang masukkan slip peperiksaan setiap sem dalam fail?

  • Sebab, calon ditemu duga sebelum konvo. Jika anda telah konvo, pasti sudah dapat transkrip peperiksaan. Jadi, guna sahaja transkrip sebab dalam transkrip ada semua semester.

8. Mana nak dapat surat tamat pengajian?

  • Portal IPG masing-masing dalam iTem/ ikut universiti masing-masing.

9. Berapa sijil salinan yang diperlukan?

  • Buat masa ini 3 sijil salinan tertinggi sahaja diperlukan untuk diserahkan kepada pihak SPP. Pilih 3 yang terbaik.

10. Sijil pencapaian masa zaman sekolah perlu letak dalam fail?

  • Tak perlu. Letakkan sijil pencapaian di sekolah-sekolah yang pernah anda praktikum. Bukan sijil zaman sekolah dahulu kala ya.

Jadi, pentingnya disini calon menyediakan:

  • Semua senarai semak dokumen yang diperlukan
  • Membuat ulang kaji tentang pendidikan
  • Yakin ketika hari temu duga ditambah dengan pakaian yang sesuai dan kemas

Baca juga: Cara Daftar MySPP Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...