Cuaca Panas? Tapi Nak Jimatkan Elektrik Rumah? Ini Tips Kurangkan Penggunaan Elektrik

Terasa cuaca sekarang sangat panas sehingga baju pun cepat kering, bukan?

Kalau anda nak tahu, Malaysia kini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September, namun tiada gelombang haba berlaku setakat ini.

Secara tak langsung, kipas dipasang dan aircond juga dipasang untuk menyejukkan badan. Bila check bil, alamak! Tingginya bil. Untuk kurangkan bil elektrik rumah anda, jom amalkan tips yang dikongsikan TNB ini.

Baca juga: Program Rebat Bil Elektrik RM40. Ini Cara Semakan Kelayakan

INFO CUACA PANAS/GELOMBANG HABA

Pakar Klimatologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fredolin Tangang berkata, gelombang haba di Malaysia dikaitkan dengan kebolehubahan cuaca iaitu Madden-Julian Oscillation (MJO) dan El Nino.

Madden-Julian Oscillation adalah fenomena biasa yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 20 ke 60 hari.

Ketika Monsun Barat Daya, ia boleh meningkatkan suhu satu ke dua darjah hingga sekitar bawah 40 darjah Celsius bergantung kepada kawasan.

Kejadian biasa ini disebabkan pengaruh pusat perolakan MJO yang dipertingkat, membawa ketidakstabilan kelembapan dan cuaca ke Malaysia, selepas itu, pusat perolakan dipertingkat disusuli pusat perolakan dikurangkan yang menyebabkan cuaca panas dan kering di Malaysia.

TIPS JIMATKAN ELEKTRIK

Nak jimatkan elektrik di musim panas ini?

Jom kita amalkan tips yang dikongsikan TNB ini.

Keringkan pakaian mengguankan cahaya matahari

  • Tak perlu gunakan mesin pengering di rumah anda sebaliknya keringkan pakaian dengan cahaya matahari yang sangat panas sekarang ini. Pakaian akan tahan lebih lama dan bau pun lebih segar.

Luang masa bersama keluarga

  • Tinggalkan sekejap semua gajet anda untuk seketika dan luangkan masa anda dengan keluarga anda. Minum petang bersama dan beriadah bersama keluarga.

Kemaskan peti ais anda

  • Pastikan anda mengemas peti ais anda dan susun barang makanan dengan kemas.

Tutup suis

  • Tutup suis komputer, televisyen dan radio anda jika tidak digunakan. Mereka juga perlukan rehat sama seperti anda.

Kumpul & gosok pakaian sekaligus

  • Untuk menggosokkan pakaian anda, kumpul dan gosok ia sekaligus dengan kuantiti yang banyak setiap minggu.

Guna lampu LED

  • Tukar lampu rumah anda dengan lampu LED yang lebih jimat elektrik dan ia tidak memanaskan rumah anda.

Tutup lampu

  • Jangan pasang lampu di siang hari. Gunakan cahaya semulajadi kerana ianya baik untuk kesihatan mata anda.

Cucian penuh

  • Kumpul pakaian anda dan pastikan cucian anda adalah penuh dalam mesin basuh anda. Tak perlu anda guna mesin basuh secara berulang kali untuk mencuci pakaian anda.

Pintu tingkap tertutup rapi

  • Jika pasang aircond, pastikan semua pintu dan tingkap rumah anda tertutup dengan rapi. Elektrik juga dapat dijimatkan.

Cuaca Panas? Tapi Nak Jimatkan Elektrik Rumah? Ini Tips Kurangkan Penggunaan Elektrik

Baca juga: Rebat Elektrik 2 Sen Diteruskan, Diskaun Bil Elektrik Sehingga 40% Untuk Bil Julai

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.