Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Rebat Elektrik 2 Sen Diteruskan, Diskaun Bil Elektrik Sehingga 40% Untuk Bil Julai

1,064

Berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara atau PPN, Perdana Menteri juga turut mengumumkan satu bentuk bantuan yang memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Selain daripada bantuan berbentuk wang ringgit diberikan kepada golongan sasaran, pihak kerajaan juga mengumumkan pemberian rebat dan diskaun sehingga 40% kepada pelanggan TNB.

Pemberian diskaun bil elektrik juga adalah secara bersasar dan semak info mengenai diskaun bil elektrik seperti yang dikongsikan ini.

REBAT 2 SEN & DISKAUN BIL ELEKTRIK

Kerajaan telah bersetuju untuk membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj yang melibatkan peruntukan sebanyak RM493 juta melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

Semua pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dianggarkan seramai 9.44 juta pengguna akan terus menikmati rebat elektrik sebanyak 2.00 sen/kWj bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2021.

Diskaun bil elektrik adalah secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah antara 5% sehingga 40% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.

DISKAUN BIL ELEKTRIK SEMENANJUNG

Pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati diskaun bil elektrik seperti berikut:

  • Pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah akan menerima diskaun sebanyak 40%. Seramai 2.9 juta pengguna elektrik dijangka akan menikmati diskaun ini.
  • Seramai 1.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan di antara 201 hingga 300kWj pula akan mendapat diskaun sebanyak 15%.
  • Seramai 2.4 juta pengguna domestik dengan penggunaan elektrik di antara 301 hingga 600kWj akan menerima diskaun sebanyak 10%.
  • Seramai 700 ribu pengguna domestik dengan penggunaan elektrik di antara 601 hingga 900kWj akan menerima diskaun sebanyak 5%.
  • Diskaun ini akan diberikan bagi bil elektrik bulan Julai, Ogos dan September 2021.
  • Diskaun sebanyak 5% kepada pengguna-pengguna elektrik di bawah kategori tarif komersial, industri dan pertanian di bawah voltan rendah.

DISKAUN BIL ELEKTRIK SABAH

Bagi pengguna-pengguna elektrik di Sabah pula, diskaun bil elektrik secara bersasar bagi tempoh tiga bulan, bermula pada 1 Julai hingga 30 September 2021 akan diberikan seperti berikut:

  • 220 ribu pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah akan menerima diskaun sebanyak 40%.
  • 90 ribu pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan di antara 201 hingga 300kWj akan menerima diskaun sebanyak 15%.
  • 110 ribu pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan di antara 301 hingga 500kWj akan menerima diskaun sebanyak 10%.
  • 90 ribu pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan di antara 501 hingga 1000kWj akan menerima diskaun sebanyak 5%.
  • Pengguna-pengguna kategori komersial, industri dan pertanian bervoltan rendah akan menikmati diskaun bil elektrik sebanyak 5%, sama seperti di Semenanjung.

Rebat Elektrik 2 Sen Diteruskan, Diskaun Bil Elektrik Sehingga 40% Untuk Bil Julai

TIADA PEMOTONGAN BEKALAN ELEKTRIK, PELAN BAYARAN MUDAH

Kerajaan dengan kerjasama TNB juga akan membantu rakyat yang terkesan dengan beberapa bantuan seperti berikut:

SEMENANJUNG

  • Tiada pemotongan bekalan elektrik kepada semua pengguna sepanjang tempoh PKP 3.0 Fasa 1.
  • Penangguhan pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi 6 bulan sehingga 30 September 2021.
  • Pelan Bayaran Mudah untuk pengguna domestik ditawarkan sehingga 31 Disember 2021.

SABAH

 

Bagi pengguna-pengguna di Sabah pula, pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

  • Tiada pemotongan bekalan elektrik kepada semua pengguna sehingga 31 Julai 2021.
  • Penangguhan pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi 6 bulan sehingga 30 September 2021.
  • Pelan Bayaran Mudah untuk pengguna domestik boleh dimohon oleh pengguna yang layak sehingga 31 Disember 2021. Pengguna dialu-alukan menghubungi SESB bagi menyemak perkara ini.

KENYATAAN MEDIA

Rebat Elektrik 2 Sen Diteruskan, Diskaun Bil Elektrik Sehingga 40% Untuk Bil Julai

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...