Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PEMULIH: Lanjutan 1GB Percuma Sehingga Disember, Dinikmati Sehingga Hujung Tahun

1,473

Kerajaan bersetuju untuk memberikan 1GB PERCUMA kepada mereka yang layak dengan anggaran nilai sehingga RM500 juta dan memanfaatkan sehingga 44 juta pelanggan internet sedia ada.

Malahan, pemberian 1GB percuma ini juga boleh digunakan oleh mereka yang layak sehingga hujung tahun 2021 iaitu sehingga 31 Disember ini.

Lanjutan pemberian 1GB percuma ini sangat bermanfaat buat pelajar yang mengikuti kelas PDPR di rumah masing-masing dan diharap ianya adalah berita yang sangat mengembirakan buat semua.

Baca juga: Yang Ditunggu Telah Diumumkan! Inilah Senarai Terkini Bantuan PEMULIH Buat Semua Rakyat

TUJUAN PEMBERIAN 1GB PERCUMA

Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu rakyat bekerja atau belajar dari rumah serta melakukan pembelian secara atas talian.

TEMPOH PEMBERIAN 1GB PERCUMA

Pengguna akan menikmati pemberian 1GB percuma secara harian melalui PEMULIH sehingga:

  • 31 Disember 2021

PEMULIH: Lanjutan 1GB Percuma Sehingga Disember, Dinikmati Sehingga Hujung Tahun

DATA PERCUMA 1GB TERHAD

Untuk makluman anda, penggunaan data percuma 1GB ini terhad kepada aplikasi produktiviti dan pembelajaran dalam talian. Ia tidak boleh digunakan untuk aplikasi media sosial, strim audio dan video, serta permainan.

Senarai penuh aplikasi tersebut ialah:

Game

  1. Arena of Valor
  2. Call of Duty
  3. Free Fire
  4. King of Glory
  5. Legends of Runeterra
  6. LifeAfter
  7. Lords Mobile
  8. Mobile Legends
  9. PUBG Mobile
  10. Rise of Kingdoms

Muzik

  1. Apple Music
  2. JOOX
  3. Shazam
  4. Smule
  5. Sound Cloud
  6. Spotify
  7. SYOK
  8. QQ Music
  9. WeSing
  10. Youtube Music

Media Sosial

  1. Bigo
  2. Facebook
  3. Instagram
  4. Snapchat
  5. Telegram
  6. TikTok
  7. Tumblr
  8. Twitter
  9. WeChat
  10. YY

Video

  1. Bigo
  2. Dailymotion
  3. FB Live
  4. IGTV
  5. JOOX
  6. Netflix
  7. TikTok
  8. Viu
  9. YouTube
  10. YY

CARA TEBUS DATA PERCUMA 1GB

Untuk menebus data percuma 1GB ini adalah sama seperti sebelumnya.

Tapi anda juga diingatkan bahawa setiap penebusan adalah berbeza mengikut syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan ini.

Jadi, rujuk syarikat telekomunikasi masing-masing untuk mendapatkan langkah-langkah menebus data percuma 1GB yang disediakan ini.

Nota: Sebarang makluman mengenai cara menebus data percuma 1GB akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SENARAI AKTIVITI MENGGUNAKAN DATA PERCUMA 1GB

Antara aktiviti yang boleh menggunakan data percuma 1GB ialah seperti berikut:

  • Bekerja dari rumah
  • Belajar dari rumah bermula dari anak tadika sehingga pelajar IPT
  • Pembelian barang secara online
  • Pembayaran bil utiliti, perbankan secara online dan permohonan bantuan

Manfaatkan bantuan yang telah diberikan agar segala urusan anda dipermudahkan dari semasa ke semasa sepanjang PKP 3.0 kali ini.

Baca juga: Rebat Elektrik 2 Sen Diteruskan, Diskaun Bil Elektrik Sehingga 40% Untuk Bil Julai

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...