Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Buat Tuntutan Tebus Rugi Barang Rosak Dari Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

2,428

Teruja betul apabila terima barang yang dibeli secara online. Tapi apa yang menyedihkan, barang yang diterima pula rosak dan tidak boleh digunakan.

Bagaimana nak buat tuntutan kerugian apabila berlaku kejadian seperti ini?

Sebenarnya, pengguna boleh membuat tuntutan kerugian melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) seperti yang telah dikongsikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Baca juga: Pilih Kedai Murah Dengan Telefon Bimbit Anda Melalui Aplikasi Price Catcher KPDNHEP

APA ITU TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA (TTPM)?

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah:

  • Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599]. Tribunal beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan  tebus rugi secara mudah, murah dan cepat
  • TTPM juga akan mendengar dan mengadili tuntutan yang amaunnya tidak melebihi RM50,000
  • Fi atau caj penfailan tuntutan hanya RM5
  • TTPM membangunkan undang-undang berhubung perlindungan pengguna
  • Kaunter TTPM terdapat di semua negeri seluruh Malaysia

Jabatan Penerangan Sabah 🇲🇾 on Twitter: "Tribunal Tuntutan Pengguna  Malaysia (TTPM).. Apa yang patut anda tahu?? Sumber: KPDNHEP #JaPenSabah  #KPDNHEP #TTPM… "

JUMLAH TUNTUTAN

Jumlah amaun tuntutan yang dibenarkan adalah:

  • Tidak melebihi RM50,000 

JENIS TUNTUTAN YANG BOLEH DIFAILKAN

Tidak semua tuntutan boleh dibuat di TTPM dan jenis tuntutan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

BARANG

  • Alat ganti kenderaan
  • Perabot
  • Trade-in kereta
  • Deposit kereta/rumah
  • Barangan elektrik
  • Pakaian
  • Telefon/komputer
  • Peralatan suka
  • Alat permainan

PERKHIDMATAN

  • Bengkel kereta
  • Ubahsuai rumah
  • Agensi pembantu rumah
  • Agensi pelancongan
  • Pusat rawatan dan kecantikan
  • Pakej perkahwinan
  • Sistem rangkaian telekomunikasi
  • Katering
  • Pakej foto
  • Penghantaran pos
  • Dobi

3 Jenis Tuntutan Yang Boleh Dituntut Ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia  - Zon Bayi

Baca juga: Ini Harga Semasa Gas Memasak 2021 Yang Telah Ditetapkan Oleh KPDNHEP

SYARAT TUNTUTAN KERUGIAN BARANG

Terdapat beberapa syarat tuntutan kerugian barang iaitu:

  • Perlakuan mengelirukan dan reprenstasi palsu dan berhubung dengan barang/perkhidmatan
  • Harga barang yang dibekalkan melebihi harga yang diiklankan
  • Barang/perkhidmatan yang dibekalkan tidak selamat atau tidak mematuhi paiwai yang ditetapkan
  • Representasi palsu/mengelirukan berhubung dengan barang/perkhidmatan yang dibekalkan
  • Tawaran hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya
  • Barangan yang tidak diterima dalam masa yang dijanjikan walaupun pembayaran telah dibuat

CARA BUAT TUNTUTAN

Anda boleh membuat tuntutan seperti berikut:

  • Hadir ke kaunter TTPM diseluruh negara atau secara online di: https://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/home
  • Klik Log In
  • Daftar akaun dan log masuk dengan username dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Klik pada Fail tuntutan dan masukkan maklumat anda serta nama pihak yang anda mahu saman.
  • Seterusnya berikan keterangan tuntutan serta maklumat yang diperlukan.
  • Masukkan dokumen sokongan jika ada untuk menyokong tuntutan anda.
  • Buat bayaran fi dan serahkan sama kepada penentang secara pos berdaftaran atau by hand.
  • Hadir ke tribunal mengikut tarikh yang ditetapkan.

KPDNHEP on Twitter: "Bagaimana pengguna boleh membuat tuntutan di Tribunal  Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) #KPDNHEP… "

MAKLUMAT PENTING UNTUK FAIL KES DI TTPM

Pastikan anda menyertakan bersama butiran penting berikut untuk memfailkan kes di TTPM:

Barang Rosak / Hilang? Ini Cara Buat Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia ( TTPM) - Info Awam

SALURAN ADUAN KPDNHEP & MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh membuat aduan ke KPDNHEP di talian berikut:

  • 1800-886-800 (bebas tol)
  • 019-279 4317 (whatsapp)
  • Ez-ADU KPDNHEP
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...