Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Fasa 2 Bantuan Khas Guru Tadika PKP 3.0 RM150 Sehingga September. Mohon Secara Online

1,881

Sebelum ini kerajaan negeri Selangor telah membuka permohonan Bantuan Khas Guru Tadika kepada guru tadika di negeri tersebut yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Namun, terdapat lebih 3,000 kuota yang masih lagi belum membuat permohonan sehingga kerajaan negeri Selangor membuka permohonan fasa kedua bagi bantuan ini.

Permohonan fasa kedua Bantuan Khas Guru Tadika akan dibuka pada 15 Ogos 2021 ini dan perlu dilakukan secara online melalui pautan yang akan dikongsikan oleh kerajaan negeri Selangor.

TUJUAN BANTUAN KHAS GURU TADIKA PKP 3.0

Tujuan Bantuan Khas Guru Tadika ini diwujudkan adalah untuk:

  • Meringankan beban golongan pendidik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

TARIKH PERMOHONAN

Guru tadika negeri Selangor boleh membuat permohonan mulai:

  • 15 Ogos 2021 sehingga 6 September 2021

JUMLAH BANTUAN

Setiap guru tadika yang lulus permohonannya akan menerima bantuan sebanyak:

  • RM150 one-off

Manakala pengusaha tadika pula akan menerima jumlah bantuan yang diperuntukan sebanyak:

  • RM450 one-off

CARA MOHON

Cara mohon Bantuan Khas Guru Tadika PKP 3.0 adalah:

3,000 GURU TADIKA BELUM MOHON

Pada 23 Julai, setiausaha bahagian pengurusan sumber manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata lebih 3,000 guru tadika belum memohon bantuan tersebut.
Oleh itu, semua guru tadika di Selangor yang terkesan sangat dialu-alukan untuk memohon bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Selangor.

 

SENARAI BANTUAN LAIN NEGERI SELANGOR

Kerajaan negeri Selangor juga menyediakan 25 inisiatif yang lain untuk membantu rakyatnya melalui Pakej Kita Selangor 2.0.

25 inisiatif ini diberikan kepada 3 bahagian seperti:

  • Menjaga Kebajikan dan Kelangsungan Hidup Rakyat
  • Menyelamatkan Industri dan Sektor Ekonomi serta Usahawan di Selangor
  • Kawalan Kesihatan

Rujuk: Pakej Kita Selangor 2.0. Ini Senarai Penuh Bantuan Bakal Dinikmati Semua Golongan Masyarakat Di Selangor

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...