Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pakej Kita Selangor 2.0. Ini Senarai Penuh Bantuan Bakal Dinikmati Semua Golongan Masyarakat Di Selangor

3,155

Bagi membantu rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan Pakej Bantuan Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta.

Pelan yang terdapat dalam Pakej Bantuan Kita Selangor 2.0 ini adalah bertemakan ‘Bersama-sama Menuju Kejayaan’ meliputi tiga strategi dan 25 program bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat Selangor.

Apakan senarai bantuan yang terdapat dalam Pakej Bantuan Kita Selangor 2.0 ini?

Baca juga: Permohonan Bantuan Khas Covid-19 MyFundaction Total Lockdown 3.0 Semak Cara Mohon Disini

3 STRATEGI/PELAN PAKEJ BANTUAN KITA SELANGOR 2.0

3 strategi ini adalah merangkumi:

  • Menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat
  • Menyelamatkan industri dan sektor ekonomi serta usahawan di Selangor
  • Kawalan kesihatan untuk mengekang penularan wabak.

SENARAI 25 INISIATIF PAKEJ KITA SELANGOR 2.0

Senarai bantuan yang terdapat dalam Pakej Kita Selangor 2.0 dibahagikan mengikut 3 strategi seperti berikut:

Strategi Pertama:Menjaga Kebajikan dan Kelangsungan Hidup Rakyat

  • Program bakul makanan (RM3.28 juta)
  • Bantuan kewangan kepada keluarga pesakit COVID-19 yang meninggal dunia (RM1.5 juta)
  • Bantuan khas RM500 OKU (RM600,000)
  • Moratorium usahawan Hijrah Selangor selama 1.5 bulan (RM11.35 juta)
  • Hotline khusus aduan keganasan rumah tangga (RM100,000)
  • Penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran bagi graduan tahun 2021 (RM1.3 juta)
  • Program tuisyen rakyat Selangor (PTRS) (RM2.1 juta)
  • Portal ePTRS.my (RM500,000)
  • Penangguhan bayaran sewa PPR dan Smart Sewa (RM900,000)
  • Bantuan khas buat pengusaha dan guru pendidikan awal (Tadika) (RM500,000)
  • Penangguhan bayaran pinjaman pelajaran biasiswa Yayasan Selangor (YS) (RM1 juta)
  • Bantuan mahasiswa Selangor (RM1.5 juta)
  • Bantuan kewangan sektor pelancongan di negeri Selangor (RM2.55 juta)
  • Data internet Selangor (RM17.5 juta)
  • Skim Internet Selangor kategori M40 (SISM40)

Strategi Kedua: Menyelamatkan Industri dan Sektor Ekonomi serta Usahawan di Selangor

  • Selangor Advance (RM200 juta)
  • Program Jaminan Bekalan Makanan (RM10 juta)
  • Program Agro Prihatin (RM1.5 juta)
  • Program Peningkatan Hasil (RM1.93)
  • Pinjaman Hijrah Selangor (RM80 juta)
  • PLATS Selangor

Strategi Ketiga: Kawalan Kesihatan

  • Untuk Mengekang Penularan Wabak
  • Ujian Saringan COVID-19 Komuniti Fasa 3 (RM10.7 juta)
  • ‘Home Assessment Tool’ (RM1.25 juta)
  • Rebat pengangkutan bagi pengambilan vaksin (RM1 juta)
  • Kawalan kesihatan di tempat kerja (RM500,000)

Baca juga: Permohonan Pek Prihatin YIDE (Keperluan Makanan Kering) Untuk Individu Terjejas PKP 3.0

INFOGRAFIK SENARAI PAKEJ KITA SELANGOR 2.0

Pakej Kita Selangor 2.0. Ini Senarai Penuh Bantuan Bakal Dinikmati Semua Golongan Masyarakat Di Selangor SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...