Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Lanjutan]Permohonan Menyertai Program GENIUS Negara Di Pusat Anak Genius Negara Seluruh Malaysia Bagi Tahun 2022 Telah Dibuka

2,079

Ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke Program GENIUS Negara bagi Tahun 2022 boleh berbuat demikian mulai sekarang sebelum tarikh tutup pada 30 Julai 2021.

Untuk pengetahuan anda, program ini membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun bermian sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka.

Dapatkan cara membuat permohonan Program GENIUS Negara bagi Tahun 2022 seperti yang dikongsikan melalui artikel ini.

Baca juga: Cara Mohon Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM Secara Online

INFO RINGKAS PROGRAM GENIUS NEGARA

Program GENIUS Negara menyediakan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Program ini membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun bermain sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka. Perkembangan menyeluruh kanak-kanak juga dibentuk dengan menggalakkan mereka mengguna kelima-lima deria mereka dalam proses memerhati, meniru, meneroka, cuba-jaya, mengaplikasikan terhadap persekitaran di sekeliling sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan mereka.

Proses rangsangan minda kanak-kanak dibuat secara sistematik dan tersusun melalui 3 kaedah utama iaitu meneroka, mencuba dan mengalami sendiri melalui aktiviti permainan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN GENIUS NEGARA

Tarikh tutup permohonan GENIUS Negara adalah seperti berikut:

  • 15 Oktober 2021

SYARAT PERMOHONAN GENIUS NEGARA

Syarat permohonan untuk mengikuti Program Genius Negara adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia (anak)
  • Berumur 4 tahun ke bawah
  • Keutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM4000

DOKUMEN SOKONGAN

Setiap permohonan perlu disertakan bersama dokumen sokongn seperti berikut:

  • Salinan surat beranak
  • Salinan MyKid anak
  • Salinan buku kesihatan anak (muka surat hadapan dan rekod vaksin)
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga yang disahkan
  • Salinan pendapatan ibu bapa/ penjaga yang disahkan
  • Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/ penjaga (sekiranya bekerja sendiri)

CARA MOHON GENIUS NEGARA

Berikut adalah cara-cara untuk memohon Program Genius Negara 2022:

*Senarai PAGN 

May be an image of child and text that says 'PERMOHONAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM GENIUS NEGARA DI PUSAT ANAK GENIUS NEGARA SELURUH MALAYSIA SEKARANG DIBUKA TARIKH PERMOHONAN DILANJUTKAN SEHINGGA 15 OKTOBER 2021 Untuk yaaan Lanjut Sila Hubungi 03-8880 5151 (HQ) KEMENTERIANPEDIDKAAS BahiGENU'

Baca juga: Cara Daftar Anak Prasekolah KPM Secara Online Bagi Sesi 2022

MAKLUMAT LANJUT & PERMOHONAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program GENIUS Negara di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...