Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Daftar Anak Prasekolah KPM Secara Online Bagi Sesi 2022

2,495

Buat ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak ke prasekolah bagi Sesi 2022, anda sudah boleh berbuat demikian secara online sahaja.

Jadi, anda sebagai ibu bapa boleh membuat persediaan untuk membuat pendaftaran anak-anak anda untuk memasuki prasekolah bagi tahun 2022 nanti.

Mudah sahaja, teruskan membaca perkongsian ini dan dapatkan cara-cara untuk mendaftarkan anak anda ke prasekolah KPM melalui ePrasekolah secara online.

TARIKH PERMOHONAN DAFTAR PRASEKOLAH SECARA ONLINE

Tarikh permohonan daftar prasekolah bagi Sesi 2022 secara online ialah:

  • 1 Mac 2021 – 30 April 2021

Cara Daftar Anak Prasekolah KPM Secara Online Bagi Sesi 2022

SYARAT PERMOHONAN DAFTAR PRASEKOLAH SECARA ONLINE

Antara syarat permohonan pendaftaran prasekolah secara online ialah;

  • Kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 15 Januari 2018 sahaja yang layakn untuk membuat permohonan pendaftaran prasekolah.

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN PRASEKOLAH SECARA ONLINE

Ibu bapa atau penjaga boleh membuat pendaftaran seperti berikut:

Cara Daftar Anak Prasekolah KPM Secara Online Bagi Sesi 2022

  • Seterusnya klik DAFTAR PENGGUNA dan buat pendaftaran.

Cara Daftar Anak Prasekolah KPM Secara Online Bagi Sesi 2022

  • Kemudian LOG MASUK.

Cara Daftar Anak Prasekolah KPM Secara Online Bagi Sesi 2022

  • Klik BORANG PERMOHONAN PRASEKOLAH

Cara Daftar Anak Prasekolah KPM Secara Online Bagi Sesi 2022

  • Pilih sekolah dan buat pengesahan permohonan.
  • Cetak permohonan dan hantar borang yang dicetak bersama dokumen sokongan ke sekolah sebelum 31 Mei 2021.

Nota:

  • Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
  • Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
  • Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
  • Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PRASEKOLAH SESI 2022

Seterusnya, anda boleh membuat semakan permohonan seperti berikut:

ONLINE

Cara Daftar Anak Prasekolah KPM Secara Online Bagi Sesi 2022

MANUAL

  • Anda perlu hadir ke sekolah atau telefon ke sekolah yang dipohon dan buat semakan permohonan mulai **5 Ogos 2021.

**Tertakluk pada pindaan

RAYUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN PRA SEKOLAH 2022

  • Permohonan rayuan boleh dibuat daam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan secara online atau pada 10 September 2021.
  • Rayuan secara manual pula boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) / Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi:

  • Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  • Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

Atau

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...