Kadangkala bil elektrik yang sampai jumlahnya agak tidak masuk akal kerana anda jarang-jarang ada dirumah.
Bagi pengguna elektrik yang ingin membuat semakan sudah boleh membuat semakan bil elektrik berpandukan blok tarif melalui aplikasi MyTNB sahaja.
Macam mana caranya untuk buat semakan bil penggunaan elektrik menggunakan blok tarif? Nak tahu caranya? Semak disini ya!
JUMLAH ICPT REBAT ELEKTRIK
Isi Kandungan
Sebelum anda membuat semakan IPCT rebat elektrik, anda perlu ketahui tempoh pelaksaaan rebat elektrik iaitu bagi tempoh:
- 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021
Pelaksanaan ICPT rebat elektrik pula dilaksanakan seperti berikut:
- Kadar tarif asas kekal pada 39.45 sen/kWj.
- Rebat ICPT sebanyak 2.00 sen/kWh akan diberi kepada semua pelanggan Domestik termasuk pelanggan Domestik dengan penggunaan bulanan 300kWj dan ke bawah.
- Rebat ICPT 2.00 sen/kWj juga akan diberi kepada semua pelanggan Bukan Domestik
CARA SEMAKAN & PERBANDINGAN PENGGUNAAN ELEKTRIK MELALUI MYTNB
Untuk membuat semakan dan perbandingan penggunaan elektrik bulanan berpandungan blok tarif di aplikasi myTNB seperti cara-cara berikut:
- Buka aplikasi myTNB yang ada pada telefon bimbit anda terdahulu.
- Seterusnya pilih akaun TNB
- Klik BLOK TARIF yang berada pada sebelah kanan bawah bar penggunaan.
Anda juga boleh tonton video ini untuk dapatkan cara untuk membuat semakan melalui aplikasi myTNB dengan lebih jelas.
KIRAAN DISKAUN BIL ELEKTRIK PEMULIH
Untuk mendapatkan jumlah diskaun elektrik TNB Pemulih sebanyak 10%, klik pautan ini dan ikuti langkah-langkah yang dikongsikan:
- Kalkulator Diskaun Elektrik
- Jangan lupa sediakan bil elektrik anda ya!
- Seterusnya masukkan Kegunaan kWH pada bahagian Total Consumption (kWh)
- Masukkan Tempoh Bil pada bahagian Billing Cycle Start Date dan Billing Cycle End Date
- Seterusnya klik Calculate Bill untuk ketahui diskaun yang anda perolehi.
Untuk tutorial pengiraan yang lebih lanjut, sila dapatkan di:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai semakan bil penggunaan elektrik menggunakan blok tarif melalui aplikasi myTNB sila hubungi:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.