Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Macam Mana Nak Tahu Diskaun Bil Elektrik 10% PEMULIH? Jom Kira Guna Kalkulator Diskaun TNB Disini

1,380

Semua golongan masyarakat sedia maklum bahawa Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) hari ini memperincikan pemberian diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah yang diumumkan kerajaan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Diskaun yang diberikan adalah sebanyak 10% dengan penggunaan elektrik di antara 301 hingga 600kWj bulanan bagi pengguna domestik.

Nak tahu jumlah diskaun yang anda perolehi? Sediakan bil elektrik anda dan jom kita mula kira sekarang.

Baca juga: Nak Dapatkan Diskaun Elektrik TNB Sebanyak 50% Selama 6 Bulan? Pastikan Anda Ikut Langkah Ini

TEMPOH DISKAUN ELEKTRIK

Tempoh diskaun akan diberikan bagi bil elektrik pad bulan berikut:

  • Julai
  • Ogos
  • September

Diskaun ini antara inisiatif bantuan menerusi pakej PEMULIH yang bernilai RM150 billion diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk meringankan beban rakyat berikutan pendemik COVID-19.

KALKULATOR DISKAUN ELEKTRIK TNB PEMULIH

Untuk mendapatkan jumlah diskaun elektrik TNB Pemulih sebanyak 10%, klik pautan ini dan ikuti langkah-langkah yang dikongsikan:

Macam Mana Nak Tahu Diskaun Bil Elektrik 10% PEMULIH? Jom Kira Guna Kalkulator Diskaun TNB Disini

  • Seterusnya masukkan Kegunaan kWH pada bahagian Total Consumption (kWh)
  • Masukkan Tempoh Bil pada bahagian Billing Cycle Start Date dan Billing Cycle End Date
  • Seterunya klik Calculate Bill untuk ketahui diskaun yang anda perolehi.

Macam Mana Nak Tahu Diskaun Bil Elektrik 10% PEMULIH? Jom Kira Guna Kalkulator Diskaun TNB Disini

  • Maklumat diskaun dan lain-lain bayaran akan dipaparkan.

Macam Mana Nak Tahu Diskaun Bil Elektrik 10% PEMULIH? Jom Kira Guna Kalkulator Diskaun TNB Disini

  • Jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM142.36 seperti yang telah dipaparkan.

Mudah, bukan? Ada juga boleh membuat bayaran secara online melalui aplikasi MyTNB .

Lebih cepat, mudah dan semua maklumat berkaitan bil elektrik boleh anda dapati disini sahaja.

MyTNB Bantu Pengguna Meter Pintar Pantau Penggunaan Elektrik - PREBIU.com

Baca juga: TNB Sediakan Kemudahan Selama 24 Jam Sepanjang PKP Melalui Portal TNB & MyTNB

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...