Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

TNB Sediakan Kemudahan Selama 24 Jam Sepanjang PKP Melalui Portal TNB & MyTNB

1,286

Jangan risau sekiranya anda merasakan tidak dapat membayar bil elektrik anda sepanjang PKP 3.0 atau apa sahaja perkara berkaitan elektrik kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyediakan perkhidmatannya selama 24 jam buat anda.

Terdapat pelbagai saluran yang tersedia untuk anda dan mereka akan memberikan perkhidmatan yang terbaik selama 24 jam dan semua urusan adalah secara digital.

Apakah saluran perkhidmatan yang disediakan buat anda selama 24 jam oleh TNB tersebut? Lihat disini dan selamat berurusan!

Baca juga: Tiada Bil TNB Bulan Ini, Semakan Bil Hanya Menggunakan App Ini

2 KAEDAH URUSAN PERKHIDMATAN DIGITAL TNB

Terdapat 2 kaedah urusan perkhidmatan digital TNB yang akan membantu anda secara 24 jam iaitu:

1. Aplikasi MyTNB

Mungkin sudah ada pengguna yang telah menggunakan aplikasi MyTNB ini untuk pelbagai urusan terutamanya pembayaran bil elektrik rumah dan premis perniagaan masing-masing.

Bagi yang belum memuat turun aplikasi MyTNB, berikut adalah link MyTNB yang boleh dimuat turun ke telefon anda masing-masing:

TNB Sediakan Kemudahan Selama 24 Jam Sepanjang PKP Melalui Portal TNB & MyTNB

2. Portal TNB

Anda juga boleh melayari portal TNB di: https://appgallery1.huawei.com/#/app/C102383027 untuk membuat sebarang urusan pembayaran bil, muat turun bil dan sebagainya melalui telefon, tablet dan komputer anda.

TNB Sediakan Kemudahan Selama 24 Jam Sepanjang PKP Melalui Portal TNB & MyTNB

Baca juga: Program Rebat Bil Elektrik RM40. Ini Cara Semakan Kelayakan

OPERASI KEDAI TENAGA/KIOS PEMBAYARAN LAYAN DIRI

Anda boleh hadir ke Kedai Tenaga atau Kios Pembayaran Layan Diri seperti biasa untuk hal kecemasan, namun sila patuhi SOP yang telah ditetapkan.

Waktu operasi Kedai Tenaga atau Kios Pembayaran Layan Diri adalah seperti berikut:

Kedai Tenaga

  • Johor, Kedah, Terengganu & Kelantan: Ahad hingga Khamis (kecuali cuti umum): 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor: Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum): 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Kios Pembayaran Layan Diri

  • Setiap hari: 8.15 pagi hingga 8.00 malam (pintu masuk kios pembayaran diri berasingan)
Nota: Sepanjang tempoh PKP 3.0, pembaca meter masih bertugas dan akan datang ke premis atau kediaman anda untuk mengambil bacaan sebenar meter dan penyerahan bil mengikut SOP yang telah ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...