Sukarelawan Kajian Vaksin Baru Covid-19 Fasa 3 Sedang Dicari. Ini Cara Mohon

5 Jun 2021 yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa terdapat tambahan satu kajian klinikal yang melibatkan vaksin COVID-19 telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 28 Mei 2021.

Oleh itu, memastikan keberkesanan vaksin tersebut, sebanyak 3,000 orang sukarelawan diperlukan untuk memberikan maklumat klinikal yang berkaitan dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin, serta maklumat berkenaan kesesuaian vaksin kepada rakyat Malaysia.

Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang sukarelawan untuk ujian klinikal vaksin fasa 3 ini?

Baca juga: Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

INFO RINGKAS UJIAN KLINIKAL VAKSIN FASA 3

Kajian klinikal ini melibatkan produk SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cells), Inactivated, 5μg/0.5mL yang dikilangkan oleh pengilang Shenzhen Kangtai Biological Products Co., Ltd. di negara China.

Kajian Klinikal Fasa 3 ini akan dijalankan di lapan pusat penyelidikan di Malaysia dengan sasaran peserta sebanyak 3,000 orang dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas serta dijangka akan mengambil masa selama 15 hingga 19 bulan.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terlibat dalam kajian klinikal ini selain daripada Colombia, Argentina, Pakistan, Filipina dan Ukraine. Vaksin ini juga telah diluluskan oleh negara China melalui Emergency Use Approval pada 14 Mei 2021.

Kajian klinikal vaksin COVID-19 yang dijalankan di Malaysia dapat memberikan maklumat klinikal yang berkaitan dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin, serta maklumat berkenaan kesesuaian vaksin kepada rakyat Malaysia. Ini merupakan kelebihan yang diperlukan oleh kerajaan untuk memacu ke arah capaian sasaran imuniti kelompok (herd immunity) melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang giat dijalankan di seluruh negara.

KRITERIA SUKARELAWAN UJIAN KLINIKAL VAKSIN FASA 3

Antara kriteria yang diperlukan untuk menjadi sukarelawan ujian klinikal vaksin Fasa 3 ialah:

  • Seorang dewasa (lelaki/perempuan)
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan

TEMPOH UJIAN UJIAN KLINIKAL VAKSIN FASA 3

Tempoh ujian adalah selama:

  • 15 hingga 19 bulan

JENIS VAKSIN

Jenis vaksin yang akan diuji adalah:

  • SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cells), Inactivated, 5μg/0.5mL

CARA MOHON SUKARELAWAN UJIAN KLINIKAL VAKSIN FASA 3

Untuk memohon menjadi sukarelawan bagi ujian klinikal vaksin fasa 3, anda hanya perlu menghubungi salahsatu hospital yang berdekatan iaitu:

  • Life Cara Diagnostic Medical Centre: 012-550 6278
  • Columbia Asia Hospital Klang: 03-3346 7999
  • Columbia Asia Hospital Bukit Rimau: 03-5125 9999
  • Nilai Medical Centre: 06-8500 999/06-7990 999 Ext 1619/1618
  • Sri Kota Specialist Medical Centre: 03-3375 7799
  • Clinique Healthy Malaysia: 03-8911 3440
  • ALPS Medical Centre: 03-2161 6133/03-2163 8133
  • University of Malaya Medical Centre: 018-383 5515

MANFAAT MENJADI SUKARELAWAN

  • Imunisasi terhadap Covid-19
  • Ujian Covid-19 menggunakan kaedah PCR

RISIKO

Namun, sukarelawan juga bakal berhadapan dengan kesan sampingan seperti:

  1. Bengkak atau kemerahan pada kulit rasa sakit
  2. Gatal pada tempat suntikan
  3. Keletihan
  4. Demam rendah
  5. Cirit-birit
  6. Lain-lain simptom
Nota: Kesan sampingan ini akan pulih selepas 1-2 hari sahaja.

JENIS-JENIS VAKSIN DIGUNA

Berikut adalah jenis-jenis vaksin yang sedang digunakan di Malaysia:

Sukarelawan Kajian Vaksin Baru Covid-19 Fasa 3 Sedang Dicari. Ini Cara Mohon

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat seterusnya di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.