Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Daftar Vaksinasi & Ini Cara Menangi Baucar Berjumlah RM500,000 Nestle

1,132

Siapa disini yang belum daftar lagi vaksinasi boleh daftar dengan segera seterusnya menangi baucar yang disediakan oleh Nestle untuk anda.

Baucar-baucar yang disediakan adalah sehingga RM500,000 sedang menanti anda untuk dimenangi sekiranya anda mendaftar vaksinasi mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Nak dapatkan baucar Nestle setelah daftar vaksinasi? Ini kriteria penyertaan dan cara-cara penyertaan yang anda perlu tahu.

Baca juga: Mydin Lancarkan MyVaksin Selama Sebulan Di 47 Cawangan Mydin, Daftar Vaksinasi Di Kaunter Pelanggan Sahaja

INFO RINGKAS PROGRAM INISIATIF NESTLE

Program inisiatif NESTLÉ ini adalah untuk memberi ganjaran kepada penduduk Malaysia yang telah mendaftar untuk Vaksinasi melalui Aplikasi MySejahtera dan TIADA PEMBELIAN yang diperlukan untuk menyertai Kempen ini.

TARIKH PENYERTAAN

Anda boleh menyertai kempen ini mulai tarikh berikut:

  • 15 Julai 2021 hingga 22 September 2021

KRITERIA PENYERTAAN

Sebelum anda menyertai Program inisiatif NESTLÉ, sila baca dahulu kriteria penyertaan berikut:

  • Anda mesti mendaftar atau telah mendaftar terlebih dahulu untuk menerima vaksinasi dengan Program Vaksinasi Covid-19 Nasional.
  • Pendaftaran anda mesti ditunjukkan pada Halaman Vaksinasi Aplikasi MySejahtera.
  • Anda juga boleh mengambil bahagian jika anda telah menerima vaksinasi pertama atau kedua seperti yang tertera di Halaman Vaksinasi anda.

CARA PENYERTAAN

Nak dapatkan baucar yang ditawarkan NESTLÉ? Ini cara-caranya yang boleh anda ikuti:

  • Imbas Kod QR yang tertera di risalah atau kunjungi Laman Web Kempen di: https://www.dearnestle.com.my/ganjaran-vaksin-nestle
  • Lengkapkan semua butiran wajib yang diperlukan.
  • Buat tangkapan skrin atau tangkap satu gambar/imej* dalam format JPEG yang jelas dan boleh dibaca dari Halaman Vaksinasi MySejahtera anda yang lengkap dengan :

    * Nama
    * No. Kad Pengenalan
    * Tarikh didaftarkan
    * Tanda √ yang berwarna hijau

    Pastikan anda menyunting, membuang atau mengosongkan semua maklumat lain selain maklumat yang diperlukan seperti di atas.

vaccine sample

Nota: Pastikan imej JPEG anda mengandungi satu gambar Halaman Vaksinasi sahaja.

  • Muat naik Imej JPEG di Borang Web dan klik hantar.
  • Penganjur akan menghubungi semua Finalis terpilih melalui WhatsApp dari nombor berikut: 6018 388 0802 ke nombor telefon bimbit yang diberikan dalam Borang.Pastikan WhatsApp anda adalah aktif.

HADIAH YANG DITAWARKAN

Antara hadiah yang ditawarkan Program inisiatif NESTLÉ, adalah seperti berikut:

Daftar Vaksinasi & Ini Cara Menangi Baucar Berjumlah RM500,000 Nestle

Nota: Semua hadiah yang tidak dituntut selepas 22/11/2021 akan dibatalkan

Daftar Vaksinasi & Ini Cara Menangi Baucar Berjumlah RM500,000 Nestle

Baca juga: Semua Rakyat Selangor Boleh Dapat Rebat Grab RM20 Kalau Pergi Ke PPV Untuk Vaksinasi. Daftar Dahulu Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Hubungi talian Khidmat Pengguna Nestlé untuk maklumat lanjut Program inisiatif NESTLÉ di:

  • 1-800-88-3433
  • FAQ
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...