Apabila Menteri Pendidikan mengumumkan kelas secara PDPR dilanjutkan, apa yang merungsingkan para guru adalah mengenai objektif pengajaran yang telah dirancangkan.
Semua guru ingin semua objektif yang dirancangkan tercapai walaupun kelas dilakukan secara online.
Oleh itu, cikgu-cikgu sekalian boleh membuat ulangkaji yang membantu para cikgu mencapai objektif PDPR masing mengikut perkongsian yang dikongsikan oleh PKG JAIS Kuala Langat ini.
MANFAATKAN TEKNOLOGI & MAJUKAN AMALAN PENDIDIKAN NEGARA
Isi Kandungan
Guru-guru digalakkan untuk memanfaatkan teknologi yang ada untuk memajukan lagi amalan pendidikan di negara ini.
Jika sebelum ini para guru lebih berteori dalam aspek penggunaan teknologi dalam pendidikan, namun pada waktu terdesak ini, ia menjadi suatu kaedah penting dan perlu dikuasai semua pihak, bukan sahaja pelajar.
Apabila dalam keadaan terdesak, guru akan melatih diri mereka memiliki kemahiran yang lebih baik, dan apabila keluar daripada situasi pandemik ini, mereka (guru) telah bersedia berdepan apa saja situasi akan datang.
TIPS CAPAI OBJEKTIF PDPR
Para guru boleh mencapai objekt PDPR masing dengan membuat ulangkaji cara-cara pembelajaran secara online mengikut tips seperti yang dikongsikan ini:
Cara Cipta Meeting Code
Cara Semak Audio & Video Sebelum Join GMeet
Cara Mudah Tukar Power Point ke Video + Audio
Cara Mudah Merakam Muka Ketika Bentang Power Point
Present Screen Power Point Sambil Lihat Murid
- Link Part 1: https://bit.ly/ViewStudentsWhilePresentScreenInGM
- Link Part 2: https://bit.ly/ViewMoreStudentsWhilePresentScreenInGM
Mode Gelap (Elak Sakit Mata)
Cara Mudah Cipta Kuiz di Telegram
Cara Mudah Tukar Image ke Text
Cara Mudah Tukar Image ke PDF (Sesuai untuk murid upload di GC)
Cara Mudah Beri Kuiz Tanpa Kuizbot
Cara Menambah Folder (Susun Atur Chat)
Unboxing Huion
Cara Menconteng/Menulis di Microsoft Word/Power Point/ Excel
Cara Sign Up dan Cipta Kuiz
Cara download calculator di Laptop
Pisahkan Muka Surat PDF Guna HP
Download Login dan Hantar Tugasan Versi Murid
Cara Upload dan Tanda Tugasan Versi Guru Guna HP
Cikgu-cikgu boleh klik pautan yang dikongsikan ini dan lakukan ulangkaji agar objektif PDPR yang dirancangkan tercapai!
Selamat mencuba!
Baca juga: Minat Sangat Nak Jadi Guru? Ikut 10 Tips Persediaan Temuduga SPP ini, Gerenti Lulus!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.