Semakan Status Kelulusan GKP 4.0 Mulai 20 September 2021, Bayaran RM500 Bermula 21 September 2021
Usahawan Mikro dan PKS pastinya tertunggu-tunggu tarikh pembayaran GKP 4.0 setelah penerima BKC telah menerima bayaran bantuan daripada kerajaan.
Seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, pemohon bantuan GKP 4.0 boleh membuat semakan status permohonan mulai 20 September 2021 ini secara online.
Jadi, anda boleh membuat semakan status kelayakan pada pautan yang akan dikongsikan pada artikel ini.
TARIKH SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN GKP 4.0
Isi Kandungan
Pemohon GKP 4.0 boleh membuat semakan di pautan https://gkp.hasil.gov.my. mulai tarikh berikut:
- 20 September 2021
Baca juga: RM5,000 Geran Digitalisasi Maxis UsahaWira Untuk PKS Inisiatif PENJANA. Semak Kelayakan Disini
TARIKH BAYARAN GKP 4.0
Manakala bayaran GKP 4.0 pula akan dikreditkan ke akaun penerima masing-masing mulai:
- 21 September 2021
JUMLAH BAYARAN GKP 4.0 PEMULIH
Jumlah bayaran GKP 4.0 Tambahan PEMULIH adalah sebanyak:
- RM1,000
PAUTAN SEMAKAN GKP 4.0
Anda boleh membuat semakan GKP 4.0 pada pautan berikut:
- Masukkan no kad pengenalan anda dan klik ikon search.
- Status kelayakan akan dipaparkan.
“Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 (RM500). Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan RM500 juta.”
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.
Beliau juga berharap bantuan ini mampu meringankan beban dan membantu aliran tunai kepada peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek.
Baca juga: Cara Mohon Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu Dengan 6 Langkah Mudah Sahaja!
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan GKP 4.0 Tambahan PEMULIH sila hubungi LHDNM di saluran berikut :
- Portal Rasmi LHDNM
- HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
- HASIL LIVE CHAT
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.