Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu Dengan 6 Langkah Mudah Sahaja!

1,891

Menteri Besar Negeri Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah melancarkan sistem permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (ePerumahan) secara maya.

Jadi, ini adalah berita yang sangat baik buat seluruh rakyat negeri Terengganu yang belum pernah memiliki rumah sendiri kerana anda sudah boleh memohon untuk memiliki rumah sendiri melalui ePerumahan.

Hanya 6 langkah mudah sahaja untuk memiliki rumah sendiri melalui Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (ePerumahan) seperti yang dikongsikan ini.

INFO RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU (ePERUMAHAN)

Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (ePerumahan) bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dengan menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat di Terengganu.

Bagaimana pula bagi mereka yang sudah membuat pendaftaran sebelum ini? Bagi anda yang sudah membuat pendaftaran sebelum ini, anda hanya perlu mengemaskini maklumat permohonan sahaja.

Semua permohonan adalah secara online sahaja.

TARIKH PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan bermula tarikh berikut:

  • 1 September 2021 hingga 31 Disember 2021

Baca juga: Senarai Skim Perumahan Bagi B40 Boleh Memohon Berdasarkan Jadual Pendapatan Baru

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU (ePERUMAHAN)

Terdapat 2 syarat kelayakan permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (ePerumahan) iaitu:

JENIS A

  • Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  • 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
  • Berkahwin: 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
  • Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  • Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:a) Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam.
    b) Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.
  • Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  • Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  • Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

JENIS B

  • Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  • 21 tahun keatas
  • Berkahwin: 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
  • Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  • Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
  • Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
  • Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

CARA MOHON

Anda hanya memerlukan 6 langkah mudah sahaja untuk memohon Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (ePerumahan) iaitu:

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu Dengan 6 Langkah Mudah Sahaja!

  • Log masuk ke akaun pemohon

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu Dengan 6 Langkah Mudah Sahaja!

  • Pilih kategori sama ada:
    a) Beli Rumah (Pilih Daerah projek)
    b) Bina Rumah (Isi Maklumat Tanah)
  • Isi maklumat dengan mengemaskini dan isi maklumat pemohon
  • Pilih projek bagi kategori beli rumah sekiranya ada iklan yang dipaparkan.
  • Akhir sekali buat permohonan anda.

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu Dengan 6 Langkah Mudah Sahaja!

Baca juga: Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Bagi Yang Berpendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM3,000

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (ePerumahan) di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...