Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Bagi Yang Berpendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM3,000

46,703

CARA MOHON RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) BAGI YANG BERPENDAPATAN ISI RUMAH TIDAK MELEBIHI RM3,000

Kini anda boleh memiliki rumah sendiri walaupun pendapatan anda tidak melebihi RM3,000. Ini kerana Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS bagi membantu golongan berpendapatan rendah iaitu golongan B40 yang tidak mempunyai rumah.

Kerajaan memperuntukkan RM243 juta bagi membina 2,983 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Muttalib berkata, sehingga Mei lalu, sebanyak 94,638 permohonan diterima dan akan dinilai oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Menurutnya, daripada jumlah itu hanya 51,746 permohonan yang memenuhi syarat telah diluluskan.

“Setakat ini sebanyak 46,576 unit RMR berjaya disiapkan, 2,516 unit dalam proses pembinaan dan 2,654 permohonan sedang dalam peringkat dokumen perjanjian.

“Saya difahamkan sebanyak 35,928 permohonan ditolak dan sebanyak 6,969 permohonan kini masih di dalam peringkat senarai menunggu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jom Raikan RMR 2020 bersama peserta Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kampung Baru Salong, Chini.

INFO RINGKAS SPNB

Untuk pengetahuan anda, SPNB adalah sebuah syarikat millik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia. SPNB  kini berada di bawah pengurusan atau seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2018.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) :

  • Warganegara Malaysia.Pemohon mesti berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan bulan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memilki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah / tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Nota : 

  • Pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18 hingga 42 diperlukan.
  • Pemohon dari Sabah / Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18 hingga 38 tahun diperlukan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT

Untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat, sila ikuti langkah-langkah berikut :

  • Klik laman web berikut : SPNB ONLINE dan klik PENDAFTARAN BARU.
  • Lengkapkan borang pendaftaran dan anda akan terima kata laluan.
  • Log masuk ke laman utama dan gunakan login ID (emel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.
  • Isikan maklumat ke dalam sistem dengan betul dan lengkap.
  • Setelah selesai, klik SELESAI PENDAFTARAN BORANG dan CETAK BORANG.
  • Bawa borang bersama dokumen sokongan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan dengan anda.

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Bagi Yang Berpendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM3,000

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Lengkapkan permohonan anda bersama dokumen berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memilki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akaun kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Nota :

  • Surat pengesahan pendapatan / tidak memilki rumah / memiliki rumah uang tidak perlu disahkan Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...