Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Kuarantin Wajib Secara Online Bagi Pengembara Dari Luar Negera Yang Telah Divaksin

1,033

Jangan risau sekiranya terdapat ahli keluarga anda yang berada diluar negara bakal pulang ke tanah air.

Ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggariskan beberapa syarat untuk permohonan bagi pengembara dari luar negara yang telah divaksin untuk memohon kuarantin wajib di rumah atau di tempat kediaman.

Jika anda ingin tahu kelayakan dan syarat-syarat permohonan, teruskan bacaan anda kerana info yang diperlukan ada disini sahaja.

TEMPOH KUARANTIN WAJIB DI RUMAH/TEMPAT KEDIAMAN

Para pengembara dari luar negara yang akan dikuarantin di rumah atau tempat kediaman mestilah dikuarantin selama:

  • 7 hingga 10 hari

Baca juga: Cara Daftar Anak Anda Di Portal Vaksin Anakku Bagi Remaja Umur 12 Hingga 17 Tahun (PICK Remaja)

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk permohonan kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman ialah:

  • Pengembara yang lengkap divaksinasi
  • Rumah atau tempat kediaman mestilah sesuai berdasarkan penilaian risiko
  • Ujian PCR Covid-19 adalah negatif dalam tempoh 3 hari sebelum berlepas

SYARAT PERMOHONAN

Kementerian kesihatan juga telah menetapkan syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  • Klik moh.gov.my untuk membuat permohonan bermula dari 21 September 2021

Cara Mohon Kuarantin Wajib Secara Online Bagi Pengembara Dari Luar Negera Yang Telah Divaksin

  • Permohonan perlu dibuat 7 hingga 10 hari sebelum tarikh ketibaan di Malaysia
  • Semua ketibaan dari 28 September 2021 dan ke atas perlu memohon melalui portal HQA

PROSEDUR TIBA DI MALAYSIA

Setelah tiba di Malaysia, para pengembara perlu melakukan perkara tersebut:

  • Menjalani Ujian PCR semasa ketibaan.
  • Bawa surat kelulusan untuk kuarantin di rumah.
  • Pengembara yang layak akan diberikan gelang pengawasan atau penjejak digital.
  • Pengembara ini akan dikenali sebagai Person Under Surveilance (PUS) dan status ini akan tertera di MySejahtera.
  • Semua pengembara perlu kuarantin dalam 14 hari.
  • Semua pengembara perlu melengkapkan Home Assessment Tool dalam MySejahtera setiap hari.

Cara Mohon Kuarantin Wajib Secara Online Bagi Pengembara Dari Luar Negera Yang Telah Divaksin

Baca juga: Vaksinasi Remaja Secara Walk-In, Apa Yang Perlu Dibawa?

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...