Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ikuti Program Latihan Pertanian Keluarga Asnaf Zakat Dalam Bidang Agrikultur & Aquakultur, Dibuka Sehingga Umur 40 Tahun

180

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama Akademi Transformasi Asnaf MAIPs SDN BHD mempelawa keluarga asnaf di seluruh negeri Perlis untuk mengikuti Program Latihan Pertanian Keluarga Asnaf Zakat dalam Bidang Agrikultur dan Aquakultur.

Program Latihan Pertanian Keluarga Asnaf Zakat dalam Bidang Agrikultur dan Aquakultur ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada keluarga asnaf dalam bidang pertanian seterusnya meningkatkan pendapatan seterusnya keluar daripada kemiskinan yang sekian lama.

Berminat? Teruskan bacaan dan dapatkan syarat kelayakan serta cara membuat permohonan seperti mana yang akan dikongsikan disini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti Program Latihan Pertanian Keluarga Asnaf Zakat dalam Bidang Agrikultur dan Aquakultur MAIPs, sila buat permohonan sebelum tarikh tutup pada:

  • 27 September 2021

Baca juga: i-Saraan Rakan Pemandu & Penghantar GRAB Dengan Caruman Tambahan Sehingga RM120 Maksimum

TEMPOH PROGRAM

Tempoh program ini akan dijalankan selama:

  • 2 tahun sahaja

MANFAAT PROGRAM

Bagi anda yang mengikuti program ini, anda akan mendapat manfaat seperti berikut:

  • Tajaan penuh latihan
  • Elaun disediakan
  • Penempatan berkeluarga disediakan
  • Bantuan selepas tamat program bagi yang berkelayakkan

SYARAT KELAYAKAN MENGIKUTI PROGRAM

Pastikan anda membaca dahulu syarat kelayakan yang ditetapkan oleh MAIPs dan syaratnya adalah:

  • Bermastautin di Perlis
  • Berumur 30 hingga 40 tahun
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Berkeluarga
  • Tergolong dalam golongan Asnaf
  • Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan latihan amali
  • Mempunyai niat dan azam yang tinggi untuk melaksanakan transformasi dalam kehidupan diri dan keluarga
  • Bebas Ketum dan bahan terlarang

CARA MOHON

Anda boleh mendapatkan borang permohonan di:

  • Pondok Pengawal Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
  • Isi borang dengan lengkap dan sertakan dokumen yang diperlukan.

Ikuti Program Latihan Pertanian Keluarga Asnaf Zakat Dalam Bidang Agrikultur & Aquakultur, Dibuka Sehingga Umur 40 Tahun

Baca juga: RM5,000 Geran Digitalisasi Maxis UsahaWira Untuk PKS Inisiatif PENJANA. Semak Kelayakan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan info lanjut mengenai Program Latihan Pertanian Keluarga Asnaf Zakat dalam Bidang Agrikultur dan Aquakultur MAIPs sila dapatkan di:

  • Telefon 04-979 4439/012-583 4439
  • WhatsApp: 012-583 4439
  • Faks : 04-978 2400
  • Email : [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...