Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

i-Saraan Rakan Pemandu & Penghantar GRAB Dengan Caruman Tambahan Sehingga RM120 Maksimum

1,597

Pemandu dan penghantar GRAB digalakkan untuk membuat tabungan simpanan persaraan melalui Program i-Saraan KWSP.

Ini adalah kerana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Grab Malaysia (Grab) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menggalakkan komuniti rakan pemandu dan penghantar mereka menabung untuk simpanan persaraan melalui program i-Saraan.

Malahan, melalui memorandum persefahaman (MoU) KWSP dan Grab, pemandu dan penghantar Grab akan menerima insentif sehingga RM120 setahun dari Grab.

APA ITU i-SARAAN KWSP?

i-Saraan ialah caruman sukarela yang membolehkan individu yang bekerja dalam ekonomi gig dan juga yang bekerja sendiri menabung untuk simpanan persaraan mereka melalui caruman di KWSP.

Mereka yang mencarum dalam i-Saraan akan menerima insentif Kerajaan sebanyak 15 peratus berdasarkan jumlah caruman individu setahun, sehingga maksimum RM250 setahun.

Bawah program caruman sukarela pula, individu boleh mencarum sendiri pada bila-bila masa sehingga RM60,000 setahun.

Baca juga: Cara Buat Aduan Majikan Tidak Carum KWSP Pekerja Walaupun Gaji Ditolak

TUJUAN TABUNGAN SIMPANAN PERSARAAN PEMANDU & PENGHANTAR GRAB i-SARAAN KWSP

Tujuan utama Program i-Saraan Grab ini adalah:

  • Membantu mereka membuat persediaan persaraan, malah mereka juga akan dapat mendapat manfaat sebagai ahli KWSP, antaranya dividen tahunan ke atas simpanan, pelepasan cukai dan bantuan kematian.

TEMPOH TERIMA CARUMAN TAMBAHAN DARIPADA KERAJAAN

Melalui skim ini, rakan juga akan menerima caruman tambahan daripada kerajaan sehingga:

  • Disember 2022

FAEDAH i-SARAAN KEPADA PEMANDU & PENGHANTAR GRAB

Faedah Program i-Saraan kepada pemandu dan penghantar Grab adalah seperti berikut:

  1. Bantuan kematian RM 2,500 (Tertakluk kepada Terma dan Syarat)
  2. Dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  3. Pengecualian cukai

KATEGORI KELAYAKAN & INSENTIF GRAB

Insentif daripada Grab adalah mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan KWSP seperti berikut:

1. Rakan pemandu dan penghantar berumur bawah 55 tahun yang mencarum melalui program i-Saraan KWSP

  • Caruman tambahan sebanyak 5%, sehingga maksimum RM80 setiap tahun.

2. Rakan pemandu dan penghantar berumur 55 tahun ke atas yang mencarum melalui program caruman sukarela KWSP

  • Caruman tambahan sebanyak 10%, sehingga maksimum RM120 setiap tahun.

3. Rakan pemandu dan penghantar yang dikenal pasti sebagai orang kurang upaya (OKU) bagi semua peringkat umur yang mencarum melalui i-Saraan atau program caruman sukarela KWSP

  • Caruman tambahan sebanyak 10%, sehingga maksimum RM120 setiap tahun.

Tingkatkan Kualiti Persaraan Anda Dengan Grab dan KWSP – i-Saraan – BM |  Grab MY

CONTOH GANDAAN DIVIDEN

Pemandu dan penghantar Grab juga digalakkan untuk membuat simpanan awal walaupun dengan jumlah yang kecil kerana akan mendapat manfaat daripada penggandaan dividen.

Contoh:

  • Individu yang mencarum RM10 sebulan untuk tempoh 30 tahun akan menggandakan simpanan mereka menjadi RM8,220 selepas 30 tahun, atau dua kali ganda daripada jumlah caruman yang dibuat.
  • Jika rakan pemandu dan penghantar Grab mencarum RM140 sebulan, mereka berpeluang menikmati insentif Grab dan i-Saraan, memberi mereka jumlah terkumpul sebanyak RM114,840 dalam masa 30 tahun.

Baca juga: KWSP : Ini 19 jenis Pengeluaran Akaun 1 Dan 2 Sebelum Pencarum Berpencen

CARA DAFTAR i-SARAAN KWSP GRAB

Cara membuat pendaftaran untuk mengikuti Program i-Saraan KWSP Grab adalah seperti berikut:

Untuk ketahui terma dan syarat mengenai i-Saraan Grab KWSP sila klik sini.

Manakala untuk buat pendaftaran pula, sila lakukan melalui aplikasi yang ada pada telefon bimbit anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program i-Saraan KWSP & Grab ini melalui saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...