Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP. Klik Borang Disini & Mohon

1,127

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa para pelajar Tingkatan 6 Semester 1 Sekolah Dalam dan Luar Wilayah Persekutuan untuk membuat permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 MAIWP.

Permohonan ini mestilah dibuat oleh ibu bapa pelajar Tingkatan 6 secara online sebelum 15 Oktober 2021.

Anda juga boleh dapatkan cara untuk membuat permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 seperti yang dikongsikan ini.

TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, permohonan untuk Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 telah dibuka mulai:

  • 1 September 2021

Anda juga digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan pada:

  • 15 Oktober 2021

Baca juga: RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN TINGKATAN 6 SEMESTER 1

Sebelum anda membuat permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1, sila baca syarat permohonan yang telah ditetapkan MAIWP seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia beragama Islam.
  • Mendapat surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2021 dari Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.
  • Kelulusan tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.
  • Tidak mendapat bantuan/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan/swasta/yayasan dan lain-lain.
  • Mendapat sokongan daripada Pengetua/Guru Besar/Guru Baitulmal di sekolah.
  • Bersekolah disekolah bantuan penuh kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri
  • Pelajar yang bersekolah di Luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mesti tinggal di asrama kecuali sekolah yang nersempadanan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (dipertimbangkan sekiranya tidak tinggal di asrama)

BORANG BANTUAN AM PERSEKOLAHAN TINGKATAN 6 SEMESTER 1

Untuk membuat permohonan, sila klik pautan untuk muat turun borang permohonan disini:

  • Borang yang lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan boleh dihantar ke alamat berikut:

    Unit Pembangunan Akademik (Bantuan Sekolah)
    Aras 22, Bangunan PERKIM,
    No. 150, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur

  • Atau buat serahan secara kaunter di alamat berikut:

    Unit Pembangunan Akademik,
    Aras 22, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur

  • Selain itu, anda juga boleh terus menghantar borang permohonan anda melalui emel berikut: [email protected]

May be an image of text that says 'MAIWP PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN TINGKATAN 6 SEMESTER 1 Permohonan DIBUKA bermula 01 SEPTEMBER 2021 bagi PERMOHONAN BARU TINGKATAN ΕΝΑΜ SEMESTER SEKOLAH DALAM DAN LUAR WILAYAH PERSEKUTUAN SYARAT PERMOHONAN Beragama Islam Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang kurangnya setahun dan masih menetap Tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan Telah menerima surat tawaran Tingkatan Semester Tahun 2021 BORANG & KAEDAH PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN boleh didapati laman web www.maiwp.gov.my TARIKH TUTUP 15 OKTOBER 2021 Untuk maklumat lanjut boleh hubungi: Kuala Lumpur 019-200 8458 Putrajaya 011- -5949 6216 Jof @baitulmal.maiwp maiwp.'

Baca juga: Cara Mohon RM300 Bantuan One-Off Covid-19 Penjaja & Peniaga Kecil Majlis Bandaraya Ipoh

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 sila hubungi pegawai bertugas di talian:

  • 019-200 8458 (Kuala Lumpur)
  • 011-5949 6216 (Putrajaya)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...