Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Senarai Skim Perumahan Bagi B40 Boleh Memohon Berdasarkan Jadual Pendapatan Baru

6,520

Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan klasifikasi perbezaan pendapatan yang baru bagi golongan B40, M40 dan T20. Anda pula berada dalam golongan yang mana? Sedikit sebanyak klasifikasi perbezaan pendapatan ini mungkin telah memberikan sedikit kesan kepada golongan yang tertentu terutamanya bagi golongan B40 untuk membeli rumah yang sesuai untuk mereka.

Seperti sedia maklum, kalsifikasi perbezaan pendapatan yang baru bagi golongan B40, M40 dan T20 terlalu banyak perbezaannya dan anda boleh rujuk carta di bawah:

Senarai Skim Perumahan Bagi B40 Boleh Memohon Berdasarkan Jadual Pendapatan Baru

Untuk dapatkan klasikasi perbezaan pendapatan golongan B40, M40 dan T20 yang lebih terperinci, sila dapatkan info selanjutnya di pautan berikut:

PERBEZAAN PENDAPATAN GOLONGAN B40, M40 & T20 YANG KETARA

Klasifikasi yang terkini menunjukkan perbezaan yang ketara bagi setiap golongan sehinggakan golongan B40 kelihatan begitu miskin berbanding golongan yang lain jika mengikut gaji atau pendapatan serta tempat tinggal.

Namun, anda semua juga perlu tahu bahawa kalsifikasi pendapatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia juga bertujuan untuk membantu kerajaan untuk merancang beberapa skim keselamatan sosial dan penyusunan rancangan pembangunan negara dan ianya sangat bermanfaat buat semua rakyat.

Jadi, golongan B40 jangan bimbang sekiranya ingin membeli rumah impian anda kerana kerajaan telah menyediakan beberapa skim yang membolehkan anda memiliki rumah idaman anda dan ianya bersesuaian dengan pendapatan anda.

SENARAI SKIM RUMAH UNTUK GOLONGAN B40 MOHON

Jangan risau jika tiba-tiba anda termasuk dalam golongan B40. Anda masih lagi berpeluang untuk memiliki rumah idaman berdasarkan pendapatan dan skim perumahan yang disediakan ialah:

1. Skim Perumahan Belia (SPB) BSN MyHome

Skim ini adalah skim pemilikan rumah kali pertama bagi belia yang bujang atau sudah berkahwin yang berusia di antara 21 hingga 45 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.

Melalui skim ini, pembeli hanya perlu membayar kos dokumentasi pinjaman termasuk kos guaman.

Ciri-ciri yang ada dalam skim BSN MyHome ini ialah:

  • Pemberian bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan oleh Kerajaan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual
  • 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000
  • Pinjaman ini ditawarkan bagi pembelian hartanah sama ada dalam pembinaan / telah siap atau sub-pembelian dari individu (sub-sale).

Dapatkan maklumat lanjut mengenai BSN MyHome disini dan rujuk cara memohon seperti yang dikongsikan.

Senarai Skim Perumahan Bagi B40 Boleh Memohon Berdasarkan Jadual Pendapatan Baru

2. Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Selain dari BSN, Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus atau RMRPLUS dengan tujuan membantu golongan berpendapatan rendah iaitu golongan B40 yang tidak mempunyai rumah.

Antara syarat kelayakan permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mesti berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan bulan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memilki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah / tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Dapatkan cara mohon yang lebih lengkap dipautan berikut:

Senarai Skim Perumahan Bagi B40 Boleh Memohon Berdasarkan Jadual Pendapatan Baru

3. Skim Rent To Own

Kerajaan juga telah menyediakan satu skim untuk membolehkan golongan B40 memiliki rumah sendiri seperti Skim Rent To Own dan ianya akan dilaksanakan pada tahun 2021 sehingga 2022.

Ia juga membabitkan sebanyak 5,000 rumah PR1MA dengan beberapa inisiatif seperti:

  • Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik.
  • Perjanjian pinjaman bagi pembelian kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000.

Info selanjutnya mengenai Skim Rent To Own ini, anda boleh terus rujuk pautan berikut:

RM200 Tunai, Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid19 Jika Terjejas Pendapatan

4. Skim Perumahan Mampu Milik Penjawat Awam (PPAM)

Selain dari itu, kerajaan juga memperkenalkan Skim PPAM untuk membantu penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan keselesaan yang ditekankan ialah:

  • Saiz rumah
  • Rekabentuk
  • Kualiti
  • Lokasi
  • Harga rumah yang bersesuaian

Klik disini untuk dapatkan cara membuat permohonan rumah PPAM langkah demi langkah.

Senarai Skim Perumahan Bagi B40 Boleh Memohon Berdasarkan Jadual Pendapatan Baru

Anda boleh memilih salah satu daripada skim yang ditawarkan kerajaan kepada anda berdasarkan pendapatan anda serta kelebihan yang diberikan. Pastikan ianya tidak membebankan anda dan buat pilihan yang terbaik buat anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...