Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Rentas Negeri Mulai 11 Oktober 2021. Tak Perlu Mohon Kebenaran Daripada PDRM

1,867

Akhirnya yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia menjadi kenyataan!

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas, kerajaan telah bersetuju memberikan kebenaran pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula 11 Oktober 2021.

Jadi, kita semua bebas untuk melakukan pergerakan rentas negeri untuk berjumpa ibu bapa, melancong dan urusan sebagainya.

TARIKH MULA RENTAS NEGERI

Semua rakyat Malaysia boleh melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula tarikh berikut:

  • 11 Oktober 2021 (Isnin)

SYARAT UTAMA PERGERAKAN RENTAS NEGERI

Syarat utama pergerakan rentas negeri tanpa memerlukan permohonan daripada PDRM mestilah:

  • Telah menerima vaksinasi lengkap

“Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

“Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini,”

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, jika anda tidak ingin membuat permohonan rentas negeri dengan PDRM lagi, lengkapkan vaksin anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perjalanan walaupun kerajaan telah memberikan kelonggaran.

Rentas Negeri Mulai 11 Oktober 2021. Tak Perlu Mohon Kebenaran Daripada PDRM

Selain itu, aktiviti pelancongan dimana-mana negeri juga telah dibenarkan berjalan seperti biasa dengan mengekalkan SOP sedia ada seperti:

  1. Memakai mask
  2. Lengkap vaksinasi
  3. Penjarakan sosial
  4. Imbas MySejahtera
  5. Memakai sanitizer

PEMERIKSAAN RAWAK

Walaupun tiada lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) tetapi PDRM akan melakukan pemeriksaan rawak di mana-mana sahaja seperti RnR dan lain-lain tempat untuk mengesan individu yang belum divaksin lengkap dibawah Akta 342.

Pengumuman ini adalah berdasarkan:

  • Kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah PICK telah mencapai sebanyak 90% seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Juga diingatkan bahawa orang ramai tidak boleh membuat pergerakan rentas negeri di kawasan yang diisytiharkan PKPD.

PEMANSUHAN MYTRAVELPASS

Selepas ini rakyat Malaysia juga boleh melacong ke luar negara kerana pihak kerajaan telah:

  • Memansuhkan penggunaan MyTravelPass untuk rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara.

Sila rujuk SOP terkini di laman web PPN atau MKN untuk memudahkan urusan perjalanan anda :

SOP Fasa 1https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-1/

SOP Fasa 2 : https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-2/

SOP Fasa 3 : https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-3/

SOP Fasa 4 : https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-4/

Semoga semuanya selamat dalam perjalanan, patuhi SOP dan Kita Jaga Kita!

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...