Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Cetak Sijil Vaksin MySejahtera Untuk Perjalanan Rentas Negeri & Ke Luar Negara

2,183

Setelah lama rakyat Malaysia terkurung, akhirnya kita boleh melakukan pergerakan merentas negeri dan ke luar negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Untuk memudahkan anda semua melakukan pergerakan merentas negeri dan ke luar negara, anda boleh mencetak Sijil Vaksin MySejahtera seperti tutorial yang dikongsikan ini.

Jadi, dapatkan cara untuk mencetak Sijil Vaksin MySejahtera disini dan semoga selamat dalam perjalanan anda nanti!

TARIKH PERGERAKAN MERENTAS NEGERI/NEGARA

Anda semua dibenarkan untuk membuat pergerakan merentas negeri/negara mulai:

  • 11 Oktober 2021

Pastikan anda semua telah lengkap vaksin ya!

CARA CETAK SIJIL VAKSIN MYSEJAHTERA

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, orang ramai sudah boleh membuat cetakan Sijil Vaksin dari MySejahtera atau eksport ke dalam bentuk PDF untuk memudahkan urusan rentas negeri/negara.

Anda boleh mencetak Sijil Vaksin MySejahtera dalam bentuk PDF seperti berikut:

  • Buka aplikasi MySejahtera anda
  • Pergi ke bahagian Profile
  • Lihat dibahagian bawah Sijil Vaksin MySejahtera anda
  • Klik pada butang Generate
  • Seterusnya klik Download untuk cetak Sijil Vaksin MySejahtera

Contoh Sijil Vaksin MySejahtera yang boleh dicetak adalah seperti berikut:

Cara Cetak Sijil Vaksin MySejahtera Untuk Perjalanan Rentas Negeri & Ke Luar Negara

PEMERIKSAAN RAWAK OLEH PDRM

Anda semua diingatkan bahawa walaupun tiada lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) tetapi PDRM akan melakukan pemeriksaan rawak di mana-mana sahaja tempat yang sesuai seperti:

  • RnR dan lain-lain tempat

Dengan tujuan untuk mengesan individu yang belum divaksin lengkap dibawah Akta 342.

Juga diingatkan bahawa orang ramai tidak boleh membuat pergerakan rentas negeri di kawasan yang diisytiharkan PKPD.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...