Remaja 18 Tahun Belum dapat Vaksin Tak Perlu Tunggu Temujanji MySejahtera, Datang Terus Ke PPV

Pentingnya remaja berumur 18 tahun mendapatkan vaksin kerana  selepas ini mereka tak perlu lagi menunggu temujanji dari aplikasi MySejahtera.

Remaja 18 tahun terutamanya di Perak yang belum terima vaksin dipelawa untuk hadir terus ke PPV yang sedia ada untuk menerima suntikan vaksin.

Info seterusnya, dapatkan di artikel ini dan bawa dokumen yang diperlukan untuk dapatkan vaksinasi remaja di PPV.

TEMPOH HADIR VAKSIN REMAJA TANPA TEMUJANJI

Para remaja berumur 18 tahun di negeri Perak boleh hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada sehingga:

  • 31 Oktober 2021

BAWA DOKUMEN INI!

Para remaja berumur 18 tahun yang akan hadir untuk vaksin tanpa temujanji MySejahtera, anda perlu:

  • Anda hadir bersama ibu atau bapa/penjaga (untuk tandatangan borang kebenaran vaksinasi)
  • Bawa bersama Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri semasa hadir ke pusat vaksinasi
  • Telefon bimbit yang mendaftar MySejahtera (jika ada)
  • Pen untuk tadatangan CONSENT
Nota: Pemberian vaksin adalah percuma dan sila simpan kad vaksinasi untuk terima dos yang kedua.

JUMLAH PPV SEDIA KHIDMAT VAKSIN TANPA TEMUJANJI

Remaja umur 18 tahun di Perak boleh hadir di mana-mana:

  • 22 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Selain itu, remaja di seluruh negara boleh hadir dimana-mana:

  • 156 PPV Awam dan Intergrasi telah dikenalpasti bagi menyediakan suntikan vaksin secara walk in kepada remaja telah dibuka

TIPS SEBELUM VAKSINASI REMAJA WALK IN PPV

Sebelum hadir ke PPV untuk vaksinasi secara walk in, pastikan:

  • Para remaja mendapat rehat pada malam sebelumnya, bersarapan pagi dan mengambil air secukupnya sebelum ke PPV.
  • Ibu bapa juga perlu mengawasi remaja supaya tidak melakukan aktiviti lasak bagi tempoh tujuh hari selepas vaksin.

Baca juga: Vaksinasi Remaja Secara Walk-In, Apa Yang Perlu Dibawa?

Cara Daftar Anak Anda Di Portal Vaksin Anakku Bagi Remaja Umur 12 Hingga 17 Tahun (PICK Remaja)

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.