Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Skim Smart Sewa Selangor: Sewa 5 Tahun, Sambil Kumpul 30% Modal Beli Rumah Pertama

3,015
“Sewa rumah serendah RM600 selama 5 tahun dan duit tersebut dijadikan deposit pembelian rumah pula?”
Dengar seperti tidak masuk akal tetapi itulah kelebihan yang akan anda dapati sekiranya anda menyertai Skim Smart Sewa Selangor apabila anda menyertai skim ini. harga sewa yang ditawarkan adalah serendah RM600 sahaja dan wang sewaan tersebut akan dijadikan sebagai deposit untuk anda membeli rumah anda sendiri.
Skim ini sangat membantu mereka yang ingin mendapatkan atau memiliki rumah pertama sendiri sambil menyewa rumah yang lain. Untuk pengetahuan anda juga, rumah pertam yang anda boleh miliki adalah di bawah Rumah Selangorku sahaja.

INFO RINGKAS SKIM SMART SEWA SELANGOR

Skim Smart Sewa Selangor diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama sendiri sambil menyewa dengan menggunakan 30% jumlah keseluruhan sewaan bersih yang dibayar untuk deposit Rumah Selangorku.

Jadi, penyewa boleh membayar deposit rumah sendiri sepanjang tempoh menyewa sama ada selama 2 tahun minimum hingga 5 tahun maksimum tempoh sewaan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM SMART SEWA SELANGOR

Semak dahulu kelayakan atau syarat permohonan Skim Smart Sewa Selangor seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon.

2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan

3. Pendapatan seisi keluarga iaitu:

  • Tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah.
  • Tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah.

4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor.

5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan) atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja.

6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

TEMPOH SEWAAN SKIM SMART SEWA SELANGOR

Tempoh sewaan yang ditawarkan ialah:

  • Minimum : 2 tahun
  • Maksimum : 5 tahun

Jadi, anda boleh menyewa sehingga 5 tahun sambil mengumpul wang deposit rumah pertama anda.

KADAR SEWAAN RUMAH SKIM SMART SEWA SELANGOR

Kadar sewaan Skim Smart Sewa Selangor ialah:

  • RM600
  • RM650
  • RM700
  • RM750
Nota: Kadar sewaan adalah tertakluk pada terma dan syarat. Jika anda ingin dapatkan simpanan yang lebih, anda boleh memilih sewaan yang sedikit tinggi kerana rumah tersebut akan menjadi hakmilik anda.

LOKASI RUMAH SEWA SKIM SMART SEWA SELANGOR

Berikut adalah senarai lokasi rumah untuk Skim Smart Sewa Selangor yang terkini:

Skim Smart Sewa Selangor: Sewa 5 Tahun, Sambil Kumpul 30% Modal Beli Rumah Pertama

Dapatkan gambaran lokasi dan kemaskini terkini di pautan berikut:

GAMBARAN LOKASI SMART SEWA SELANGOR

CARA MOHON SKIM SMART SEWA SELANGOR

Terdapat 2 cara untuk memohon Skim Smart Sewa Selangor iaitu secara:

  • Online
  • Manual

Permohonan Online

Permohonan Manual

  • Ambil borang permohonan di pejabat PHSSB.
  • Lengkapkan borang dan sertakan bersama dokumen sokongan.
  • Hantarkan ke pejabat PHSSB.
Nota: Tarikh temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon selepas borang dan dokumen lengkap diterima.

DOKUMEN SOKONGAN SKIM SMART SEWA SELANGOR

Sertakan bersama dokumen sokongan untuk lengkapkan permohonan Skim Smart Sewa Selangor dan dokumen tersebut ialah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan / surat cerai
  • Salinan sijil kelahiran (MyKad / MyKid) anak
  • Salinan MyKad / MyKid tanggungan (selain anak)
  • Penyata Gaji 3 bulan terkini
  • Salinan KWSP
  • Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
  • Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
  • Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
  • Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
  • Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
  • Salinan Daftar Undi

Skim Smart Sewa Selangor: Sewa 5 Tahun, Sambil Kumpul 30% Modal Beli Rumah Pertama

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Smart Sewa Selangor di laman web rasmi PHSSB dan saluran berikut:

  • http://phssb.com/skim-smart-sewa/
  • Pejabat : 019-333 0976
  • Cik Rosha : 017-977 7204
  • Pn Fatehah: 017-938 7537
  • En Shafawi : 0111-302 0487
  • En Afizie : 019-440 6828
  • Pn Waty: 017-416 3990
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...