Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pemeriksaan Sukarela Di PUSPAKOM. Diskaun Sehingga 50 %, Lebih Jimat & Berbaloi!

1,262

Jika anda merancang untuk membuat pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM sudah boleh ambil peluang yang disediakan dengan diskaun sehingga 50% tau!

Oleh itu, jangan lepaskan peluang yang telah disediakan oleh PUSPAKOM kerana pemeriksaan yang dilakukan adalah secara serentak!

Berminat? Teruskan membaca artikel ini untuk info selanjutnya ya!

KELEBIHAN PEMERIKSAAN SUKARELA

Pemeriksaan ini dapat membantu anda memahami keadaan kenderaan supaya anda dapat menyediakan keperluan penyelenggaraan yang bersesuaian.

  • Ia secara tidak langsung memastikan kenderaan anda selamat dan layak berada di atas jalan raya. Ia juga membolehkan anda mengesan sebarang potensi kerosakan yang ada pada kenderaan anda.
  • Pengesanan kerosakan awal diikuti dengan pembaikan dan penyelenggaraan yang sewajarnya dapat meningkatkan kualiti dan keselamatan pemanduan anda semasa di jalan raya.
  • Bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan untuk pemeriksaan ini.

JUMLAH DISKAUN & KADAR BAYARAN

Terkini, Pemeriksaan Sukarela memberikan diskaun sebanyak:

  • 50% dan perlu membayar sebanyak RM25 sahaja jika dilakukan serentak dengan Pemeriksaan Tukar Milik/Khas.

Untuk pengetahuan anda, Pemeriksaan Sukarela ini mempunyai 25 peringkat jadi berbaloi-baloi kalau pemeriksaan ini dibuat serentak bersama Pemeriksaan Tukar Milik / Khas!

DOKUMEN DIPERLUKAN

Kebiasaannya, PUSPAKOM menetapkan para pelanggannya untuk membawa dokumen berikut untuk membuat pemeriksaan kenderaan:

  • Pemeriksaan oleh Pemilik Kenderaan: Kad Pengenalan, Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)/Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
  • Pemeriksaan oleh Wakil Pemilik Kenderaan: Kad Pengenalan Wakil, Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)/Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), Surat Wakil.
Nota: Bergantung kepada jenis kenderaan, pelbagai jenis dokumen mungkin diperlukan semasa pemeriksaan di PUSPAKOM.

TETAP TARIKH & MASA TEMUJANJI

Seterusnya, tetapkan tarikh dan masa temujanji mengikut pilihan anda iaitu sama ada:

Pemeriksaan Sukarela Di PUSPAKOM. Diskaun Sehingga 50 %, Lebih JImat & Berbaloi!

Pemeriksaan Sukarela Di PUSPAKOM. Diskaun Sehingga 50 %, Lebih JImat & Berbaloi!

Seterusnya hadir untuk pemeriksaan di PUSPAKOM yang terdekat dengan anda menigkut tarikh dan temujanji yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, anda akan menerima keputusan pemeriksaan.

Pemeriksaan Sukarela Di PUSPAKOM. Diskaun Sehingga 50 %, Lebih JImat & Berbaloi!

Baca juga: Diskaun Sebanyak 3% & Bukan Sekadar Roadtax, Renew Insurans Kenderaan Juga Boleh Dibuat Di PUSPAKOM

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...