Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini para pelajar IPT digalakkan untuk menerima vaksinasi secara walk-in dimana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Ini kerana terdapat lebih 200,000 penuntut IPT yang belum divaksin setakat ini dan mereka pula perlu hadir ke IPT masing-masing pada Oktober nanti.
Jadi, semua pelajar IPT yang belum divaksin dan berada di sekitar Lembah Klang dipelawa untuk hadir ke mana-mana salah satu lokasi pemberian vaksin untuk divaksinasi.
DOKUMEN PERLU DIBAWA
Isi Kandungan
Apa yang perlu pelajar IPT bawa ketika hadir ke lokasi pemberian vaksin?
- Pelajar baharu perlu membawa bersama surat tawaran dan kad pengenalan
- Pelajar IPT sedia ada perlu membawa bersama kad pelajar dan kad pengenalan masing-masing.
Rujuk juga: Pelajar IPT Bawa Kad Pengenalan & Kad Matrik Sahaja Untuk Vaksin Walk In Di PPV
5 LOKASI PEMBERIAN VAKSIN PELAJAR IPT WALK-IN LEMBAH KLANG
Bagi tujuan vaksinasi pelajar IPT yang berada di Lembah Klang, terdapat 5 lokasi pemberian vaksin seperti berikut:
- Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi
- Universiti Multmedia (MMU), Cyberjaya
- Axiata Arena, Bukit Jalil
- Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL British BMI), Gombak
- Ideal Convention Centre Centre (IDCC) HCO B, Shah Alam
PELAJAR BELUM CUKUP UMUR 18 TAHUN, BOLEH KE VAKSIN WALK IN?
Bagaimana pula dengan pelajar yang belum cukup umur 18 tahun dan perlu hadir ke IPT untuk pengajian?
Bagi pelajar yang belum cukup umur 18 tahun dan perlu hadir ke IPT:
- Pelajar CITF bersetuju kelonggaran diberikan kepada pelajar IPT yang belum mencapai usia 18 tahun untuk divaksin dengan syarat mengemukakan bukti surat tawaran kemasukan ke IPT dan persetujuan ibu bapa/penjaga.
Baca juga: Vaksinasi Remaja Secara Walk-In, Apa Yang Perlu Dibawa?
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.