Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pelajar IPT Bawa Kad Pengenalan & Kad Matrik Sahaja Untuk Vaksin Walk In Di PPV

1,072

Bimbang dengan penularan Covid-19, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil inisiatif agar semua penuntut IPT menerima suntikan vaksin sebelum hadir ke IPT masing-masing.

Oleh itu, pelajar IPT telah diberi kelonggaran untuk menerima vaksin secara walkin di PPV terbuka dengan membawa kad pengenalan dan kad matrik sahaja,.

Teruskan bacaan anda dan dapatkan info berkaitan vaksin secara walk-in melalui perkongsian ini.

TUJUAN PELAKSANAAN PROGRAM VAKSINASI PELAJAR IPT

Tujuan utama untuk pelaksanaan Program Vaksinasi Pelajar IPT adalah:

  • Membentuk imuniti kelompok dan komuniti sosial yang selamat di dalam kampus kelak.

May be an image of text that says 'PELAKSANAAN PROGRAM VAKSINASI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI "Vaksinasi pelajar IPT sangat penting bagi membentuk imuniti kelompok dan komuniti sosial yang selamat di dalam kampus kelak." + drnorainiahmad f datonorainiahmad'

Baca juga: RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini

JUMLAH PELAJAR BELUM VAKSIN

Menurut Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), jumlah pelajar yang belum menerima vaksin adalah seramai:

  • Lebih 200,000 orang

May be an image of text that says 'PELAKSANAAN PROGRAM VAKSINASI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI "Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang masih belum divaksin, boleh mendapatkan vaksin secara "walk-in" di PPVterbuka." drnorainiahmad f datonorainiahmad'

SYARAT VAKSIN PELAJAR IPT SECARA WALK IN

Menurut Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) para pelajar boleh hadir ke PPV terbuka secara walkin dengan syarat seperti berikut:

  • Bawa bersama kad pengenalan dan tunjukkan kepada petugas
  • Menunjukkan kad matrik sah sahaja

Manakala bagi pelajar baharu yang belum menerima kad matrik boleh mengemukakan dokumen berikut sebagai pengesahan:

  • Surat tawaran kemasukan dan kad pengenalan

May be an image of one or more people and text that says 'PELAKSANAAN PROGRAM VAKSINASI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI "Pelajar IPT hanya perlu membawa kad pengenalan dan pelajar bagi tujuan pengesahan di PPV yang berkenaan." "Bagi pelajar baharu, mereka boleh mengemukakan tawaran kemasukan dan kad pengenalan untuk maksud tersebut. 오 ID:01234156789 一 drnorainiahmad f datonorainiahmad'

Baca juga: Graduan & Profesional Muda Sila Ikuti Program LTAT Associate Fellow Program (AFP). Hantar CV Anda Sekarang!

TIADA REKOS PENDAFTARAN VAKSINASI

Untuk pengetahuan anda juga, dianggarkan lebih 700,000 pelajar menuntut di semua IPT awam manakala lebih 600,000 di IPT swasta seluruh negara yang berusia antara 18 tahun sehingga 24 tahun.

CITF sudah menerima rekod dari Kementerian Pengajian Tinggi yang menunjukkan seramai 547,595 pelajar IPT awam dan swasta di seluruh negara sudah pun lengkap vaksin.

Seperti yang dimaklumkan oleh CITF, mereka mendapati lebih 195,000 atau 37.5 peratus pelajar IPT awam langsung tidak mempunyai rekod pendaftaran vaksinasi.

Angka ini menunjukkan bahawa jumlah pelajar IPT yang tidak mendaftar lebih tinggi daripada pelajar IPT swasta.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...