Dah Boleh Daftar Akaun ASB Online Via Aplikasi MyASNB Je. Ini Caranya & Tak Perlu Ke Kaunter Lagi
Semua urusan dah boleh dibuat secara online sahaja termasuklah pendaftaran akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Maknanya selepas ini, anda tak perlu lagi ke kaunter untuk membuka akaun ASB. Anda hanya perlu muat turun aplikasi MyASNB dan buat pendaftaran akaun dari aplikasi tersebut sahaja.
Nak tahu cara pendaftaran dari MyASNB? Boleh je dapatkan tutorial cara untuk daftar MyANSB disini.
MENGAPA ANDA PERLU ADA ASB?
Isi Kandungan
Terdapat banyak sebab mengapa anda perlu ada ASB? Ini sebabnya:
- Best instrument untuk dijadikan sebagai tabung kecemasan.
- Low risk: Capital protected. Tidak perlu risau hilang modal.
- Liquid: Proses mencairkan aset lebih cepat berbanding instrument lain.
- Yang terbaik sekali, pulangannya sangat baik. Simpan dan labur dalam masa yang sama.
Baca juga: Semak Baki ASB Guna Maybank2u Online. Semak di ATM Pun Boleh
CARA DAFTAR AKAUN ASB VIA APLIKASI MYASNB
Untuk membuat pendaftaran melalui Aplikasi MyASNB, apa yang anda perlu buat:
- Klik MULAKAN PELABURAN
- Jangan lupa, sediakan maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran.
- Kemudian, buat pendaftaran dan sahkan pengenalan diri anda.
- Tetapkan ID dan kata laluan anda.
- Siapkan pendaftaran sehingga habis dan tunggu SMS pengesahan.
- Set up akaun anda.
- Akaun anda berjaya di cipta.
- Akhir sekali, buat pelaburan dalam akaun anda mengikut jumlah yang anda ingin tetapkan. RM50 sebulan pun boleh.
SEDIAKAN MAKLUMAT
Untuk membuat pendaftaran akaun ASB, maklumat yang anda perlu sediakan adalah:
- MyKad
- Maklumat diri
- Maklumat akaun bank anda seperti nombor akaun dan nama bank
Baca juga: Cara Aktifkan Semula myASNB Secara Online. Tak Perlu Ke Kaunter Lagi
Jadi, selepas ini anda semua boleh buka akaun ASB walau dimana sahaja anda berada. Semuanya terletak dihujung jari sahaja dan manfaatkannya ke arah kebaikan.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.