Kerja Dalam Bidang Oil & Gas! Ikuti Kursus Rigging & Slinging (Advanced) And Basic Scaffolding Level 1
Ramai belia pada masa kini berminat untuk bekerja dalam bidang Oil & Gas kerana tawaran gaji yang agak lumayan.
Bagi anda yang ingin bekerja dalam bidang Oil & Gas dan sekarang berada di negeri Sabah, anda semua dipelawa untuk mengikuti Kursus Rigging & Slinging (Advanced) and Basic Scaffolding Level 1.
Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan akan diadakan selama sebulan. Buat pendaftaran terlebih dahulu pada pautan dibawah.
INFO RINGKAS KURSUS RIGGING & SLINGING (ADVANCED) ANDA BASIC SCAFFOLDING LEVEL 1
Isi Kandungan
Anda yang berminat boleh mendapatkan info ringkas mengenai Kursus Rigging & Slinging (Advanced) and Basic Scaffolding Level 1 seperti berikut:
- Tarikh Kursus: 1 hingga 30 November 2021
- Tempat Latihan: Pusat Latihan ESTC Academy, Tuaran, Sabah
- Tempoh Kursus: 1 bulan
Anda juga digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera kerana bilangan peserta untuk mengikuti kursus ini adalah secara terhad kepada:
- 20 orang peserta sahaja
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Anda semua digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan pada tarikh berikut:
- 14 Oktober 2021/Khamis
SYARAT PERMOHONAN
Anda boleh rujuk syarat permohonan dibawah dan jika memenuhi syarat, buat permohonan anda sebelum tarikh tutup.
Syarat-syaratnya ialah
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Bumiputera Negeri Sabah
- Belia lelaki dan wanita boleh membuat permohonan kursus ini
- Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 45 tahun
- Sihat tubuh badan, boleh membaca dan mengira
- Mempunyai sijil pendidikan seperti SRP/PMR/SPM
PENDAFTARAN KURSUS
Anda juga boleh terus membuat pendaftaran kursus secara online di pautan berikut:
- https://forms.gle/eu1VymkGiQb8Pyf36
- Lengkapkan permohonan anda.
- Masukkan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Muat naik dokumen yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, gambar ukuran pasport, sijil pelajaran dan kad vaksinasi dalam bentuk pdf.
- Hantar permohonan.
Atau anda boleh membuat pendaftaran permohonan kursus dengan membuat imbasan di Kod QR pada poster dibawah.
Anda juga boleh dapatkan kerja yang lain dengan membuat pendaftaran di MyFutureJobs di pautan ini:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
- Encik Mohd Azuan Amat: 088-218 722 sambungan 110
- Puan Murtha Binti Mangun @ Emmy: 088-218 722 sambungan 137
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.