Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tahu Tak, Pemberian Dos Ketiga Vaksin Covid-19 Akan Dilaksanakan Oktober Ini?

777

Terdapat pelbagai spekulasi setelah pihak Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 kepada semua rakyat yang telah lengkap 2 dos.

Pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 ini akan dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan garis panduan klinikal yang akan disiapkan tidak lama lagi.

Dos ketiga ini juga akan diberikan keutamaan kepada beberapa kumpulan yang berisiko tinggi untuk tingkatkan tahap imuniti golongan ini.

BILAKAH DOS KETIGA DILAKSANAKAN?

Tarikh pelaksanaan dos ketiga vaksin Covid-19 belum ditetapkan lagi tetapi ia akan dilaksanakan mulai:

  • Oktober 2021

TUJUAN PEMBERIAN DOS KETIGA VAKSIN COVID-19

Tujuan sebenar pemberian dos ketiga Covid-19 adalah:

  • Meningkatkan perlindungan imunisasi kumpulan yang diberi keutamaan terutamanya warga emas ang umum diketahui memiliki komorbiditi atau masalah kesihatan yang kronik.
  • Kurang risiko untuk mendapat jangkitan yang teruk, berbanding penerima dua dos vaksin.

Ia juga akan dilaksanakan apabila 80% dewasa dalam negara telah lengkap vaksinasi.

Nota: Ini kerana tahap imuniti mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

KUMPULAN UTAMA PEMBERIAN DOS KETIGA VAKSIN COVID-19

Untuk makluman anda, keutamaan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 adalah kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:

  • Anggota barisan hadapan (frontliner)
  • Pesakit kurang daya tahan imun
  • Warga tua dengan komorbiditi
  • Individu yang tinggal/kerja dipusat jagaan jangka panjang

“Kajian menunjukkan golongan rentan seperti warga emas dan pesakit kurang daya tahan imun memiliki antibodi peneutral virus yang rendah berbanding individu lain, walaupun selepas menerima dua dos vaksin.”

“Antibodi peneutral virus amat penting untuk mencegah jangkitan, sekali gus kita perlu meningkatkanya untuk memberi perlindungan kepada mereka.”

Tahu Tak, Pemberian Dos Ketiga Vaksin Covid-19 Akan Dilaksanakan Oktober Ini?

Baca juga: 3 Cara Mohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi COVID-19

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...