Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Cara Mohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi COVID-19

952

Anda tahu tak bahawa tidak semua individu di Malaysia tidak boleh menerima vaksinasi?

Jadi, mereka yang tidak boleh divaksinasi juga perlu memohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi (Exemption Certificate) Covid-19 untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Tidak susah, hanya guna 3 cara sahaja untuk memohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi (Exemption Certificate) Covid-19 dan ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

INFO SIJIL DIGITAL PENGECUALIAN VAKSINASI COVID-19

Untuk makluman anda, individu tidak boleh divaksin atas faktor perubatan atau mengalami alahan terhadap vaksin COVID-19 tertentu, boleh memohon sijil digital khas pengecualian vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera.

Baca juga: Cara Mohon Kursus Intensif Perkembangan Awal Kanak-Kanak Siri 3 Tahun 2021 YAWAS

3 CARA MOHON SIJIL DIGITAL PENGECUALIAN VAKSINASI COVID-19

Terdapat 3 cara untuk memohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi (Exemption Certificate) Covid-19 adalah seperti berikut:

  1. Sila bawa slip Penilaian Pra-Vaksinasi (Pre-Vaccination Assessment/PVA) dan dapatkan pengesahaan daripada pakar perubatan yang berdaftar yang merawat anda. (Merujuk kepada pakar perubatan hospital swasta yang merawat individu terbabit, pakar perubatan atau pegawai perubatan merawat (semasa ketiadaan pakar perubatan) di hospital kerajaan yang pakar atau Pakar Perubatan Keluarga di klinik kerajaan.)
  2. Kemudian bawa slip PVA yang telah disahkan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan untuk memohon sijil digital pengecualian vaksinasi.
  3. Sijil digital anda akan diproses dalam tempoh 7 hari oleh MySejahtera.

TEMPOH DAPATKAN SIJIL DIGITAL PENGECUALIAN VAKSINASI COVID-19

Menurut Menteri Kesihatan, Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi Covid-19 akan diperoleh dalam tempoh:

  • Seminggu sahaja jika permohonan lengkap dan mengikuti syarat ditetapkan.

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA TIDAK BOLEH TERIMA VAKSIN?

Sekiranya individu ini disahkan tidak boleh mengambil sebarang jenis vaksin Covid-19 atas sebab perubatan maka mereka perlu:

  • Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan lebih ketat secara kendiri.

Apakah maksud mematuhi SOP dengan lebih ketat secara kendiri? Ia bermaksud mereka perlu:

  • Memakai pelitup muka
  • Memastikan penjarakan fizikal
  • Kerap mencuci tangan
  • Memeriksa suhu badan
  • Dan lain-lain

Mengapa?

Jawapannya ialah, kerana individu tersebut lebih berisiko untuk mendapat jangkitan Covid-19 berbanding orang lain yang telah menerima vaksinasi.

Baca juga: Terlupa Kata Laluan MySejahtera, Ini Cara Setkan Semula Password Anda

3 Cara Mohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi COVID-19

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...