5 Posting Yang Perlu Anda Delete Di Sosial Media Sebelum Hadir Interview & Mula Bekerja

Panel penemuduga atau HR dan majikan pada masa kini kebanyakkannya sangat aktif di sosial media sama ada di Facebook, Instagram, Twiter dan Tik Tok.

Pemohon kerja juga mestilah sentiasa alert dengan perkara ini dan sentiasa berhati-hati sekiranya ingin berkongsikan posting-posting di akaun sosial media masing-masing.

Ini kerana terdapat kesan tertentu dengan first impression daripada panel penemuduga, HR dan bakal majikan. Hati-hati ya!

MENGAPA PERLU DELETE 5 POSTING DARI SOSIAL MEDIA?

Mungkin ada calon temuduga akan tertanya-tanya,

“Mengapa pula saya perlu delete posting-posting tersebut?”

Jika anda nak tahu, sesetengah panel penemuduga akan bertanyakan soalan mengenai sosial media, aktif atau tidak dan sebagainya untuk menguji kecekapan anda tentang penggunaan teknologi pada masa kini.

Pernah berlaku panel penemuduga, HR dan bakal majikan meminta alamat url sosial media seterusnya melihat posting-posting yang terdapat pada akaun sosial media anda.

Sekiranya apa yang anda kongsikan memberi manfaat, ia adalah satu tanda yang sangat baik. Namun jika sebaliknya? Kalau anda menjadi majikan, adakah anda boleh terima bahawa bakal pekerja anda menunjukkan sikap yang tidak baik walaupun di sosial media?

Apa pula 5 posting yang kena delete sebelum hadir temuduga dan mula bekerja?

Baca juga: 5 Soalan Interview Dalam English Serta Jawapan Terbaik, Hafal Tau!

5 POSTING PERLU DELETE DI SOSIAL MEDIA SEBELUM HADIR TEMUDUGA & MULA BEKERJA

Ingat, sebelum anda hadir temuduga dan mula bekerja, check semula sosial media anda dan pastikan 5 posting ini di delete jika ada ya!

1. POLITIK

  • Jika ada perkongsian politik yang melampau ekstrim dan menunjukkan siapa yang anda sokong, lebih baik delete.
  • Kita semua tidak tahu apa pandangan panel penemuduga dan siapa yang mereka sokong ya!

2. RASIS

  • Jangan terlalu menunjukkan sangat yang anda ini rasis dengan kaum yang lain. Ia merupakan salah satu isu yang sangat sensitif pada masa kini.
  • Elakkan daripada membuat posting atau perkongsian daripada orang lain yang mengapi-apikan isu kaum, agama dan lain-lain di media sosial anda.
  • Ia menyebabkan panel penemuduga menganggap anda tidak boleh bekerja secara berkumpulan serta tidak boleh bekerja dengan orang lain.

3. BAHASA KASAR

  • Mungkin ada posting ketika anda sedang marah dan di upload di sosial media anda.
  • Delete sahaja posting tersebut kerana ia menujukkan bahawa anda biadap dan tidak boleh ditegur atau menerima pendapat orang lain.
  • Ingat, posting anda menunjukkan bahawa siapa diri anda.

4. BURUKKAN TEMPAT KERJA LAMA

  • Posting burukkan majikan, rakan sekerja dan tempat kerja lama sangat dilarang sama sekali.
  • Tidak semua orang nampak majikan, rakan sekerja anda yang tidak baik disitu, tetapi ia menunjukkan bahawa anda yang bermasalah.
  • Majikan baru tidak mahu pekerja baru adalah orang yang negatif dan toksik ya!

5. BAHAN TERLARANG

  • Mungkin kadangkala anda ingin bergurau, tetapi tidak semua gurauan tersebut boleh diterima oleh semua orang.
  • Alert ya jika ingin upload gambar daun ketum, ganja, dadah serta yang berkaitan di media sosial anda.
  • Jika majikan nampak, mungkin anda terus direject kerana mereka menganggap anda adalah penagih bahan terlarang.

Oleh itu, hati-hati kalau nak update posting anda disemua sosial media anda tau!

Ini kerana pandangan pertama daripada panel temuduga, HR atau bakal majikan sangat penting ketika temuduga dan untuk permulaan masuk bekerja.

Check semula semua akaun media sosial anda dan delete jika terdapat 5 posting di atas ya!

Semoga berjaya dalam temuduga anda dan selamat bekerja!

5 Posting Yang Perlu Anda Delete Di Sosial Media Sebelum Hadir Interview & Mula Bekerja

Baca juga: Jangan Buat Kesalahan Ini Bila Ditanya “Mengapa Anda Nak Bekerja Disini?” Semasa Interview

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.