Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jangan Buat Kesalahan Ini Bila Ditanya “Mengapa Anda Nak Bekerja Disini?” Semasa Interview

12,395

Kalau calon temuduga membuat persediaan untuk menjawab soalan dengan contoh-contoh soalan yang susah, apakata anda dapatkan beberapa soalan yang mudah tetapi sukar untuk dijawab?

Apakah contoh soalan-soalan mudah yang ditanya ketika temuduga tetapi sukar untuk dijawab? Antaranya ialah memperkenalkan diri, ceritakan tentang diri anda dan salah satunya adalah, “Mengapa anda nak bekerja disini?”

Nampak senang, tetapi kalau anda menggunakan teknik yang tidak betul, kemungkinan besar, jawapan anda membuatkan panel temuduga bosan dan tidak tertarik untuk menawarkan jawatan tersebut kepada anda.

KESALAHAN MENJAWAB SOALAN “MENGAPA ANDA NAK BEKERJA DISINI?”

Terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh calon temuduga ketika menjawab soalan, “Mengapa anda nak bekerja disini?”.

Apakah kesalahan ketika menjawab soalan tersebut?

Ini contohnya dan ingat, jangan lakukannya ketika temuduga nanti!

Contoh 1:

  • “Saya nak bekerja disini kerana kerja ini sama dengan minat saya”

Bagi penemuduga, mereka beranggapan dengan minat yang anda nyatakan, anda akan diterima kerja? Sesiapa sahaja boleh menyatakan minat dengan sesuatu pekerjaan walaupun sebenarnya “TIDAK BERMINAT” tetapi asalkan mendapat pekerjaan.

Sebaliknya anda nyatakan:

  • Sebutkan perkara yang berkaitan dengan minat anda contohnya hobi dan pengalaman kerja yang lalu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon.
  • Fokuskan kepada sektor industri syarikat seperti apa yang dibuat oleh syarikat itu sama ada marketing, pendidikan, uruskan acara, takaful dan sebagainya.

Contoh 2:

  • “Sebenarnya saya nak kerja disini sebab kawan-kawan saya ramai yang bekerja disini, Tuan.”
  • “Mak saya yang suruh saya kerja disini sebab nak dekat dengan dia”

Jangan gunakan alasan kerana kawan-kawan ramai bekerja di syarikat tersebut atau emak anda menyuruh bekerja disitu kerana ingin dekat anak-anak.

Sebaliknya anda nyatakan:

  • Berkaitan dengan kawan-kawan yang bekerja di syarikat yang sama, anda boleh sahaja menyatakan dengan menyebut nama rakan anda beserta pangkatnya kepada penemuduga. Seterusnya berikan pernyataan bahawa rakan anda rekomenkan untuk bekerja disyarikat ini kerana terdapat pelbagai peluang untuk meningkatkan kemahiran yang sedia ada.
  • Jika benar-benar berkaitan dengan emak atau keluarga anda pula, sebaiknya berikan jawapan berkaitan dengan pengalaman, kemahiran serta kelebihan yang ada pada anda. Itu lebih baik daripada anda menyatakan masalah kepada panel temduduga.

Contoh 3:

  • “Saya tak ada pilihan lain, try mohon, dapat, saya datanglah temuduga”

Mungkin pada HR, resume yang diterima menujukkan bahawa inilah calon pekerja yang dicari. Tetapi bagi pemohon pula adalah yang sebaliknya.

Sebaliknya anda nyatakan:

  • “Inilah jawatan yang saya idamkan selama ini. Ia adalah kerana saya mempunyai kemahiran serta kelebihan yang diperlukan. Malah, kemahiran saya ini diiktiraf oleh Akademi ABC. Dengan kelebihan yang saya ada, pastinya ia dapat membantu syarikat ini lebih maju dan berdaya saing secara sihat untuk mencapai matlamat dalam tempoh yang ditetapkan.”

Contoh 4:

  • “Dengar kata kat sini best, gaji besar, cuti pun banyak. Sebab itu saya nak kerja disini”

Memang banyak kelebihan bekerja di syarikat tersebut, tetapi anda tidak digalakkan untuk menjawab soalan ini dengan memfokuskan kepada perkara seperti gaji dan cuti sahaja.

Sebaliknya anda nyatakan:

  • Nyatakan sahaja kemahiran yang ada pada anda dapat membantu peningkatan jualan, melancarkan urusan pantadbiran, unit/jabatan/organisasi menjadi lebih teratur dan perkara-perkara melibatkan bidang kerja anda.

Contoh 5:

  • “Dekat je dengan rumah. Saya malas nak kerja jauh-jauh. Kos pun tinggi.”

Walaupun syarikat tersebut dengan rumah anda, jangan sesekali berikan jawapan ini kepada HR dan bakal majikan. Bakal majikan menganggap anda tidak boleh untuk bekerja diluar daerah dan sukar untuk bertolak ansur ketika bekerja.

Sebaliknya anda nyatakan:

  • Syarikat tersebut mempunyai reputasi yang tinggi dan sentiasa mencapai target sehingga mendapat liputan dipelbagai media. Jadi anda ingin menjadi sebahagian daripada syarikat seterusnya menimba pelbagai pengalaman dan tingkatkan kemahiran yang sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

Yang penting disini, jangan jawab TAK TAHU dan direject oleh bakal majikan anda.

Sebelum anda buat permohonan kerja juga, jangan lupa update resume tau!

Rujuk sini kalau nak tulis pengalaman kerja di resume yang betul dan menarik perhatian HR.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...