Macam mana Nak Buat HR Ingat Nama Korang Selepas Interview & Terus Offer Kerja? Ikut 3 Tips Ini Ya!
Tipulah kalau calon tak nak dengar berita yang baik selepas tamatnya interview kerja.
Ini kerana HR pastinya berjanji akan memberikan keputusan atau menelefon anda semula pada tarikh yang dinyatakan sama ada berjaya atau tidak untuk dipanggil bekerja.
Kalau begitu, buat 3 tips yang dikongsikan ini dan pastinya HR akan ingat nama anda seterusnya offer anda bekerja di syarikat tersebut.
5 TIPS NAK JADI PEKERJA KESAYANGAN BOSS
Isi Kandungan
Kalau dah bekerja nanti, pastinya setiap pekerja nak jadi pekerja kesayangan boss kan?
Jangan buat cara yang tak betul kalau nak jadi pekerja kesayangan boss di syarikat atau jabatan anda. Ikut sahaja 5 tips berguna ini dan kekalkan tenaga positif disekeliling anda agar ia bermanfaat kepada orang lain juga.
1. Kenal Boss
- Fahami cara pengendalian boss anda dan tahu tujuan serta matlamat majikan untuk menaikkan prestasi syarikat atau jabatan anda.
2. Berdikari
- Ini sangat boss anda suka! Anda tidak perlu diawasi oleh boss 24 jam kerana boleh bekerja dengan tempoh pengawasan yang kurang. Tak perlu nak tengok dan bantu setiap kali mendapat tugasan.
- Belajar cari jawapan sendiri dahulu sebelum bertanyakan apa-apa soalan dan cuba dahulu sehingga berjaya!
3. Jangan Pendam
- Jangan memendam perasaan anda sekiranya anda mempunyai masalah terutamanya berkaitan dengan tugasan anda.
- Mungkin anda, rakan-rakan dan majikan boleh menyelesaikan masalah yang ada bersama-sama seterusnya menjimatkan masa serta kos.
4. Capai Deadline
- Siapkan tugasan pada masa yang ditetapkan. Jangan bertangguh dan semak agar tiada kesalahan dilakukan.
- Uruskan masa dengan betul dan baik. Sebaiknya siapkan masa sebelum masa yang ditetapkan itu lebih baik kerana anda sempat membuat pembetulan sebelum hantar kepada boss.
5. Jalan Penyelesaian
- Sentiasa cuba cari jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan dan jangan selalu mengharapkan bantuan boss dan rakan sekerja yang lain.
- Rajin research dan gunakan pelbagai cara agar masalah selesai tanpa terus melibatkan majikan.
3 TIPS BUAT HR INGAT NAMA KORANG SELEPAS INTERVIEW
Nak HR atau bakal majikan ingat nama korang selepas interview dan offer kerja? Buat 3 tips ini.
1. Thank You Letter
- Apa pula Thank You Letter ini? Ia merupakan satu cara anda membuatkan HR ingat dengan anda selepas interview dan menunjukkan rasa hormat anda kepada bakal majikan
- Anda boleh sediakan satu nota dan berikan kepada HR selepas interview atau melalui emel.
- Pastikan ia dihantar dalam tempoh 24 jam sahaja tau! Kalau lambat risau nanti HR memang betul-betul lupakan anda.
- Kesannya, HR akan tengok semula resume anda dan di offer kerja tau!
- Contoh:
Dear Encik Asyraf,
Thank you for your time interviewing me for Logistic Clerk position at 9 am 12 September 2021. It was such a pleasure meeting you.
Should you require further info, do not hesitate to reach me.
Regards,
Ahmad Fauzi
2. Tanya Soalan Berkualiti
- Kat sini, HR dah boleh nampak anda orangnya yang bagaimana. Adakah calon ini boleh bekerja atau tidak, menepati masa atau tidak, nak kerja sekejap atau lama dan lain-lain.
- Jadi, elakkan bertanya soalan yang tak masuk akal atau merapu sampai HR ingat fikir merugikan ambil anda bekerja bersama mereka.
- Antara soalan yang perlu dielakkan ditanya kepada HR atau bakal majikan adalah, bonus tahunan, cuti tahunan, perihal peribadi HR atau bakal majikan dan akhir sekali jangan sesekali bertanyakan faedah yang diberikan oleh syarikat. Lainlah kalau anda dah di offer kerja,barulah anda boleh bertanyakan soalan berkaitan cuti dan faedah untuk pengesahan berdasarkan kontrak kerja.
- Tanya soalan yang berkualiti seperti matlamat syarikat pada masa akan datang, pencapaian dan pengalaman HR atau bakal majikan bersama syarikat dan kriteria yang perlu ada pada setiap calon untuk bekerja di syarikat tersebut selain daripada yang diiklankan.
Rujuk: Soalan Temuduga: Anda Ada Apa-apa Soalan? Bagaimana Nak Jawab
3. Follow Up
- Anda mesti membuat follow mengikut masa. Jangan buat follow up sampai HR dan bakal majikan anda naik menyampah pula.
- Tengok pada iklan jawatan dan sentiasa alert dengan tarikh HR nyatakan untuk hubungi anda sekiranya berjaya.
- Jika masa yang diberikan adalah dalam tempoh 2 minggu atau 3 bulan, hantar Thank You Letter dahulu dalam tempoh 24 jam selepas interview. Seminggu kemudian, barulah anda menghantar emel kepada HR untuk bertanyakan tentang perjalanan temuduga dan seterusnya. Ingat, cukup 2 minggu sahaja untuk buat follow up.
- Pastikan pada emel tersebut anda meletakkan nama HR, nama anda, letak nama jawatan, sesi interview, tarikh interview dan boleh tanyakan status temuduga.
- Jika diterima, ucapkan terima kasih, jika tidak,tanyakan kepada mereka apakah penambahbaikan yang boleh anda lakukan. Nyatakan bahawa anda berharap untuk bekerjasama dengan mereka pada masa yang akan datang. Ucap terima kasih sekali lagi.
Susah ke senang nak buat HR dan bakal majikan sentiasa ingat dengan anda? Tak nampak sangat anda terdesak nak dapatkan kerja. Jadilah pencari kerja yang profesional kerana first impression dari HR dan bakal majikan sangat penting!
Sedikit tambahan, kalau nak senang diingat oleh HR dan bakal majikan, anda boleh jawab soalan-soalan sensitif yang ditanya dengan tenang dan bijak kepada mereka. Tak perlu gelabah dan bermosi. Rujuk pautan dibawah untuk dapatkan cara serta contoh jawapan kalau anda dapat soalan sensitif semasa temuduga nanti.
Rujuk: Mungkin 4 Soalan Sensitif Ini Ditanya Semasa Interview. Contoh Jawapan Ada Disini
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.