Sumbangan RM1,000 Untuk Ketua Isi Rumah Di Selangor Terlibat Banjir

Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian bantuan dan inisiatif kepada mereka yang terlibat dengan banjir di seluruh Malaysia.

Bantuan tersebut meliputi bantuan kewangan (BWI), cuti kecemasan dan sebagainya. Rujuk Jenis-Jenis Bantuan & Inisiatif Musibah Banjir Yang Diumumkan Perdana Menteri, Bantuan Wang Ihsan Sehingga RM1,000.

Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga telah mengumumkan pemberian sumbangan sebanyak RM1,000 kepada mangsa banjir di negeri tersebut.

PERUNTUKAN RM100 JUTA

Menurut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah:

  • Memperuntukkan RM100 juta bagi permulaan program Selangor Bangkit susulan insiden banjir di beberapa daerah mulai Sabtu ini.

Selain pemulihan infrastruktur, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dana itu meliputi bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban.

Sumbangan RM1,000 Untuk Ketua Isi Rumah Di Selangor Terlibat Banjir

JUMLAH SUMBANGAN MANGSA BANJIR

Mangsa banjir menerusi Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima:

  • RM1,000

Ia bertujuan untuk membaik pulih semula kediaman dan barangan yang rosak.

“Mangsa banjir akan terima RM2,000 daripada kerajaan persekutuan dan Selangor. Kita tidak pilih bulu siapa yang dapat bantuan ini sama ada mereka di pusat pemindahan rasmi atau tidak. Bantuan juga diberikan kepada mereka yang masih berada di rumah, kita akan kenal pasti.”

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari

 

Sumbangan RM1,000 Untuk Ketua Isi Rumah Di Selangor Terlibat Banjir

Selain itu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari seramai 17 individu disahkan meninggal dunia setakat ini iaitu 10 di Klang, empat di Sepang manakala baki di Hulu Langat dan punca kematian sedang dikenal pasti.

Beberapa daerah masih menunjukkan kenaikan paras air antaranya Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang dengan misi menyelamat masih diteruskan.

Beliau menjelaskan ada sebilangan kecil keluarga yang memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing, justeru mereka diberikan bakul makanan untuk memasak.

BANTUAN-BANTUAN LAIN

Negeri Selangor juga telah menyediakan beberapa bantuan lain seperti berikut:

Sumbangan RM1,000 Untuk Ketua Isi Rumah Di Selangor Terlibat Banjir

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.