Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Dengan Menggunakan Sijil PMR/PT3

Anda berminat dengan kerjaya sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11? Jika anda berminat, ada satu berita baik untuk anda. Anda kini boleh memohon jawatan ini secara online. Namun, untuk membuat permohonan, ada baiknya jika anda mengetahui serba sedikit tentang permohonan jawatan ini.

Sebenarnya, banyak lagi jawatan lain dalam sektor kerajaan yang ditawarkan. Jika anda berminat untuk memohon kerjaya dalam sektor kerajaan bolehlah melayari laman web rasmi SPA untuk memilih serta memohon jawatan berdasarkan minat serta kelayakan anda.

Pastikan anda membaca artikel ini untuk mengetahui syarat-syarat permohonan jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11, bidang tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 dan juga cara-cara untuk memohon jawatan ini.

Untuk memohon, anda hanya perlu memiliki sijil PMR atau PT3 sebagai kelayakan akademik.Ketahui cara mengemukakan permohonan jawatan ini, syarat-syarat kelayakan serta bidang tugas dalam artikel ini.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 yang telah ditetapkan. Pastikan anda telah memenuhi semua syarat berikut sebelum anda memohon.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11

Adalah penting untuk anda mengetahui bidang tugas pembantu perawatan Gred U11 sebelum anda mengisi permohonan secara online. Berikut merupakan bidang tugas pembantu perawatan kesihatan Gred U11.

  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

PEPERIKSAAN DAN TEMU DUGA

Jika permohonan yang anda buat berjaya, anda perlu menduduki peperiksaan pula (hanya untuk jawatan yang terdapat peperiksaan sahaja). Peperiksaan ini perlu diambil secara online. Anda perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini untuk melayakkan anda menduduki temu duga.

Untuk membolehkan anda lulus dalam peperiksaan ini, anda perlulah membuat bacaan tentang kerjaya ini dan juga dengan isu-isu semasa yang lain. Jika anda lulus peperiksaan, anda akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pastikan anda membuat yang terbaik dalam temu duga untuk dipilih bagi menjawat jawatan ini.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11

Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerusi bahagian permohonan. Klik link di bawah untuk membuat permohonan.

permohonan

Untuk panduan lebih lanjut tentang cara-cara mengisi permohonan dalam SPA8i, sila rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan jawatan ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi SPA. Klik link berikut:

Laman web rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/

portal rasmi spa

Untuk pengetahuan anda, ambilan bagi jawatan ini dibuka sepanjang tahun. Hal ini bermakna pada bila-bila masa sahaja boleh diadakan ambilan bergantung kepada kekosongan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan di kementerian dan jabatan kerajaan.

Bagi tahun ini, tidak ada lagi hebahan tentang ambilan rasmi. Pastikan anda sentiasa mengikuti artikel kami untuk mendapatkan maklumat sekiranya ada hebahan rasmi ambilan untuk jawatan ini. Untuk anda yang memohon, selamat berjaya diucapkan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.