Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Jurubahasa Gred LA19 Menggunakan Sijil SPM/SPMV/SVM Dan Sijil

Khas buat anda yang sedang mencari kerja, terdapat peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan terbuka buat anda bagi jawatan Jurubahasa Gred LA19. Jurubahasa berperanan sebagai penterjemah bahasa di dalam mahkamah ketika perbicaraan. Bagi anda yang berminat, bolehlah membuat permohonan secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan.

Permohonan dibuka sepanjang tahun, maka anda bolehlah mengisi permohonan pada bila-bila masa namun anda dinasihatkan untuk memohon awal kerana jika ada ambilan, anda akan berpeluang untuk diterima apabila anda sudah memohon.

Bagaimana cara-cara untuk memohon? Apa syarat yang anda perlukan? Jangan risau. Pastikan anda baca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui bagaimana cara untuk anda membuat permohonan, syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon jawatan jurubahasa dan juga bidang tugas jurubahasa.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN JURUBAHASA LA19

Anda haruslah memastikan diri anda telah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Jika semua syarat tersebut sudah anda penuhi, anda boleh terus memohon. Antara syarat-syarat kelayakannya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred LA19: RM1,355.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred LA19: RM1,411.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred LA19: RM1,467.80).

BIDANG TUGAS JURUBAHASA GRED LA19

Anda perlu ada serba sedikit pengetahuan tentang jawatan jurubahasa untuk memohon jawatan ini. Antara perkara penting yang perlu anda ketahui adalah bidang tugas seorang jurubahasa. Berikut merupakan bidang tugasnya.

  • Menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim
  • Mencatat/merekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan
  • Mengemaskinikan buku Eksibit dan Diari Mahkamah.
  • Menyediakan laporan Harian/Bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada hakim.

PEPERIKSAAN DAN TEMU DUGA

Sebaik sahaja permohonan anda berjaya, anda perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam yang merangkumi ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa, ilmu pengetahuan tentang jawatan yang dipohon, ujian psikometrik dan lain-lain. Anda perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini. Namun, tidak semua jawatan yang ditawarkan terdapat peperiksaan ini. Hanya sesetengah jawatan sahaja yang terdapat peperiksaan.

Jika anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, anda akan dipanggil untuk temu duga pula. Proses temu duga merupakan langkah terakhir sebelum anda dipilih untuk menjawat jawatan ini. Temu duga ini adalah untuk melihat keyakinan serta kebolehan anda berkomunikasi.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN JURUBAHASA LA19

Anda boleh membuat permohonan dengan melayari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan anda boleh isi permohonan secara online di situ. Klik link yang disediakan.

permohonan

Untuk panduan lebih lanjut tentang cara-cara mengisi permohonan dalam SPA8i, sila rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN JURUBAHASA LA19

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan jawatan ini, anda boleh klik link laman web rasmi SPA yang telah disediakan di bawah.

Laman web rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/spm-sijil/3811

portal rasmi spa

Untuk tahun ini, tiada lagi hebahan rasmi bagi ambilan pekerja untuk jawatan Jurubahasa LA19. Namun, ambilan akan dibuka pada bila-bila masa sepanjang tahun jika terdapat kekosongan jawatan di mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan yang memerlukan khidmat Jurubahasa LA19. Bagi anda yang ingin memohon, kami ucapkan selamat berjaya!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.