Cara Mohon Jawatan Penasihat Undang-Undang Gred L48/52 Universiti Malaysia Kelantan
Universiti Malaysia Kelantan mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan Penasihat Undang-Undang di UMK.
Sekiranya anda menepati syarat kelayakan seperti yang ditetapkan, anda boleh membuat permohonan seperti mana yang dikongsikan disini.
Seterusnya dapatkan cara memohon jawatan Penasihat Undang-Undang dan pastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Isi Kandungan
Calon yang membuat permohonan perlu sedia makluma bahawa tarikh tutup permohonan adalah pada:
- 14 Januari 2022
INFO JAWATAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG GRED L48/52 UMK
Berikut adalah info mengenai jawatan Penasihat Undang-Undang Gred L48/52 untuk rujukan:
- Jawatan: Penasihat Undang-Undang
- Gred: L48/52
- Jadual Gaji Minimum-Maksimum: RM5,166.00 hingga RM11,695.00
- Taraf Pinjaman: Peminjaman/Kontrak/Pertukaran Sementara
- Tempoh Lantikan: 3 bulan
SYARAT LANTIKAN
Syarat lantikan yang ditetapkan pula ialah:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus Peperiksaan Akhir Pegua (Bar Final Examination).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vikasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KRITERIA UMUM & KRITERIA KHUSUS
Berikut adalah kriteria umum dan kriteria khusus untuk permohonan jawatan Penasihat Undang-Undang di UMK:
KRITERIA UMUM
KRITERIA KHUSUS
CARA MOHON
Kemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan dengan menyertakan dokumen berikut:
- Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini
- Gambar berukuran pasport
Pastikan CV anda mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut:
- Latar belakang diri dan keluarga termasuk alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi.
- Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan pentadbiran yang telah dan sedang disandang. Semua salinan sijil akademik dan yang berkaitan perlulah dikemukakan bersama permohonan ini.
- 2 nama penyokong sebagai rujukan (referee)
- Bawa bersama surat pengesahan Ketua Jabatan, Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Terkini bagi pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam. (Jika dipanggil temuduga)
- Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Pendaftar
University Malaysia Kelantan
16300 Bachok
Kelantan Darul Naim
Anda juga boleh membuat carian-carian pekerjaan yang lain melalui pautan-pautan berikut:
- SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam
- myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Penasihat Undang-Undang di UMK, sila hubungi:
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Pendaftar,
Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok, Kelantan - 09-779 7686/7763/7689
- [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.